Harian Metro

Nilai tertinggi dalam sejarah

-

Unjuran perbelanja­an subsidi kepengguna­an yang berjumlah RM77.3 bilion setakat ini bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung mana-mana kerajaan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Beliau berkata, unjuran subsidi kepengguna­an ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion), minyak masak (RM4 bilion), tepung dan elektrik bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat serta bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain.

Unjuran subsidi untuk 2022 itu adalah jika harga bersubsidi serta harga pasaran minyak, arang batu dan komoditi lain kekal pada paras semasa, katanya.

“Apabila ditambah dengan bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion), jumlah keseluruha­n subsidi setakat ini RM77.3 bilion bagi 2022,” katanya.

Beliau berkata, ini mengambil kira pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai bantuan tunai tambahan RM630 juta yang meningkatk­an jumlah BKM Fasa 2 bagi golongan berpendapa­tan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun, 2022.

Selain itu, subsidi elektrik RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai 2022 turut diambil kira, katanya.

Tengku Zafrul berkata. kerajaan peka terhadap kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-Rusia yang mengakibat­kan impak kenaikan harga barangan asas ke atas kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, subsidi kerajaan bertujuan menampung kos sara hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata, kerajaan ingin memaklumka­n subsidi menyeluruh meliputi petrol, diesel, air dan elektrik juga memberi manfaat yang besar kepada golongan M40 dan T20.

“Kementeria­n Kewangan akan terus memantau faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal,” katanya.

“Kerajaan peka terhadap kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi Tengku Zafrul

 ?? ?? ORANG ramai dilihat berbelanja barangan keperluan harian secara sederhana dan berhemat berikutan kenaikan harga beberapa barangan makanan mentah ketika tinjauan di sebuah pasar raya di ibu kota, semalam.
ORANG ramai dilihat berbelanja barangan keperluan harian secara sederhana dan berhemat berikutan kenaikan harga beberapa barangan makanan mentah ketika tinjauan di sebuah pasar raya di ibu kota, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia