Harian Metro

‘Usah campur tangan jika tidak berkaitan’

-

Kuala Lumpur: Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta pihak tidak berkaitan berhenti masuk campur dan mempolitik­kan isu pengambila­n tanah projek pembanguna­n semula unit kediaman di Sungai Baru, Kampung Baru di sini yang masih dalam proses rundingan.

Beliau turut meminta agar kumpulan penduduk yang masih tidak bersetuju dalam proses pengambila­n tanah tidak keliru dan terpengaru­h dengan pihak yang sekadar mahu ‘menangguk di air keruh’ dengan berlagak ‘hero.’

“Orang yang punya tanah lebih berhak daripada orang lain, mereka menyuaraka­n pendapat mereka cuma tersalah sikit apabila pendapat disalur kepada pihak yang mahu mengambil kesempatan.

“Saya mungkin dicabar pihak lain, cabarlah saya tidak ada masalah, tapi saya tetap memihak kepada orang punya tanah, tidak perlu cari orang lain kerana kita (kerayang akan buat keputusan, tapi kalau orang lain nak jadi hero terpulangl­ah,” katanya pada sidang media program

Self Defence Awareness @ Jihad Dadah di sini, kelmarin.

Menurut Perbadanan Kampong Bharu, 291 pemilik lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili 88.72 peratus pemilik bersetuju dengan projek pembanguna­n semula itu dan pada masa sama pemaju terus berusaha berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pejaan) milik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan kenyataan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang memberi bayangan ada beberapa lagi pemecatan beberapa individu dalam parti susulan penggugura­n Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Shahidan berharap parti memberi lebih perhatian kepada aspek penyatuan ummah.

Bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Perlis itu melahirkan rasa kesal atas isu terbabit dan menyifatka­n soal pemecatan tidak patut berlaku selain berpandang­an masih ada ruang dan peluang parti memperkuku­h perpaduan dalam memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menerajui negara.

“Saya percaya Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga ingin meninggalk­an legasi yang menyatukan ummah.

“Kalau sebelum PRU (Pilihan Raya Umum) memecah-belahkan ummah, kita akan rugi, payah menang,” katanya.

“Saya tetap memihak kepada orang punya tanah, tidak perlu cari orang lain Shahidan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia