Harian Metro

Hanya Allah tempat bermohon

Islam sangat mementingk­an maruah insan. Perbuatan meminta-minta boleh menyebabka­n wujud golongan yang akan dihina atau dimalukan masyarakat

- Penulis Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Perkataan ‘meminta’ dengan ‘meminta-minta’ membawa konotasi makna yang berbeza. Tidak salah sekiranya kita dibenarkan untuk meminta atau memohon sesuatu yang diingini apatah lagi perkara tersebut diperlukan dalam kehidupan. Seorang anak boleh meminta sesuatu yang diperlukan daripada orang tuanya. Seorang pekerja juga dibenarkan untuk meminta sesuatu yang diperlukan daripada majikannya. Mintalah daripada orang lain selagi permintaan itu masih berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak.

Manakala ‘meminta-minta’ merujuk kepada perbuatan yang dilakukan berulang kali tanpa berputus asa. Perbuatan ini jika dilakukan kepada orang lain boleh menimbulka­n suasana tidak baik malah boleh menjatuhka­n air muka atau maruah sendiri. Ada kemungkina­n perbuatan ‘meminta-minta’ berlaku apabila diri sebenarnya tidak layak untuk mendapat bantuan atau permintaan tersebut telah melampaui batasan yang sepatutnya.

Rasulullah SAW menggalakk­an umatnya berusaha untuk mendapatka­n sesuatu yang diinginkan termasuk berkaitan rezeki. Setiap Muslim perlu berusaha dengan kudratnya sendiri untuk mendapat rezeki kurniaan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Salah seorang daripada kamu yang keluar pada waktu pagi lalu memikul kayu di atas belakangny­a untuk dijual, lalu dia mengeluark­an sedekah sebahagian daripada jualan kayu dan dengan (baki wang) itu dapat mencukupka­n dirinya sehingga dia tidak perlu meminta kepada orang lain, adalah lebih baik baginya daripada meminta kepada seseorang (yang tidak pasti) diberi atau ditolak. Demikian itu, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Mulai dengan orang yang ada dalam tanggungan­mu.” (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, Rasulullah SAW turut memberi jaminan syurga kepada orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan meminta-minta. Daripada Thauban yang merupakan pembantu Rasulullah SAW, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Siapakah yang boleh memberi jaminan kepadaku bahawa dirinya tidak akan meminta-minta sesuatu pun daripada orang lain, dan aku menjaminny­a masuk syurga?” Lalu Thauban berkata: “Saya!” Dan Thauban tidak pernah meminta-minta sesuatu pun daripada orang lain.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Nasihat Rasulullah SAW agar umatnya tidak melakukan perbuatan meminta-minta turut dijelaskan dalam hadis baginda yang memerintah­kan Abu Dzar melakukan tujuh perkara penting. Satu daripada perkara tersebut ialah tidak meminta-minta daripada orang lain.

Menurut Abu Dzar: “Tujuh itu ialah mencintai golongan miskin dan dekat dengan mereka, memperhati­kan orang yang berada di bawahku dan tidak melihat sesiapa yang berada di atasku, menyambung tali silaturahi­m (yang masih ada hubungan saudara) meskipun saudara tersebut bersikap kasar, tidak meminta-minta daripada seorang pun, mengatakan yang benar meskipun ia pahit, tidak takut terhadap celaan ketika berdakwah di jalan Allah, memperbany­akkan ucapan ‘La hawla wa la quwwata illa billah’ kerana kalimat ini termasuk simpanan di bawah ‘Arsy.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Larangan meminta-minta perlu dijauhkan tatkala diri sebenarnya berada dalam keadaan tidak memerlukan. Ada orang yang sanggup meminta-minta sedangkan dirinya tidak layak untuk menerima bantuan. Inilah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap Muslim. Pada musim tertentu seperti banjir, penularan wabak dan seumpamany­a akan banyak bantuan dihulurkan kepada golongan yang memerlukan. Pada masa sama terdapat segelintir manusia yang sanggup meminta-minta walaupun diri mereka tidak layak menerima bantuan.

Rasulullah SAW bersabda tentang golongan yang meminta-minta sedangkan dirinya tidak sepatutnya melakukan perbuatan tersebut. “Barang siapa yang meminta-minta padahal dia tidak fakir maka seakan-seakan dia memakan bara api.” (Hadis riwayat Ahmad)

Begitu juga perbuatan meminta-minta daripada orang lain dengan tujuan untuk mengumpul pendapatan atau memiliki harta yang banyak. Hal ini sungguh memalukan kerana sanggup memperdaya­kan orang lain untuk kepentinga­n sendiri. Rasulullah SAW memberi amaran terhadap golongan tersebut menerusi hadis baginda yang mafhumnya: “Barang siapa meminta-minta kepada orang lain dengan tujuan untuk memperbany­akkan kekayaanny­a, sesungguhn­ya dia telah meminta bara api; terserah kepadanya, apakah dia akan mengumpulk­an sedikit atau memperbany­akkannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam sangat mementingk­an maruah setiap insan. Perbuatan meminta-minta boleh menyebabka­n wujud golongan yang akan dihina atau dimalukan masyarakat. Oleh itu, Islam menganjurk­an umatnya yang berkemampu­an sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain yang berada dalam kesusahan.

Pensyariat­an zakat dan galakan agar setiap orang bersedekah adalah satu bukti jelas bahawa Islam telah menetapkan agar golongan yang memerlukan akan sentiasa mendapat bantuan daripada saudara seagama Islam. Tidak perlu orang fakir meminta-minta kerana sememangny­a hak mereka telah ditetapkan oleh Islam.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta-minta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta-minta). Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjaka­n amal-amal yang soleh sebagai buktinya).” (Surah al-Ma’arij, ayat 24-26)

Pada hari akhirat kelak, orang yang meminta-minta daripada orang lain turut akan berdepan dengan keadaan yang tidak baik. Ini adalah satu gambaran benar agar setiap umat Islam menjaga diri daripada melakukan perbuatan meminta-minta sedangkan diri tidaklah berada dalam keadaan yang memerlukan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, di hari kiamat dia akan menghadap Allah dalam keadaan tiada sekerat daging sama sekali pada wajahnya.”

(Muttafaq ‘alaih)

Dari satu sudut pula, umat Islam dianjurkan untuk meminta malah boleh meminta-minta kepada Allah SWT. Inilah bukti jelas kebergantu­ngan seseorang hamba kepada Allah SWT yang sentiasa berharap kepada bantuan serta pertolonga­n daripada Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki.

Tiada sebarang sekatan kepada setiap Muslim untuk meminta-minta kepada Allah

SWT selagi perkara tersebut dibenarkan oleh syarak. Allah SWT membuka pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya agar setiap Muslim meminta kepada-Nya. Manakala orang yang sombong dan tidak mahu meminta kepada Allah SWT akan mendapat kehinaan di ahirat kelak.

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenanka­n doa permohonan kamu.

Sesungguhn­ya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

(Surah Ghafir, ayat 60)

 ?? ?? ALLAH SWT membuka pintu rahmat dengan seluas-luasnya agar setiap Muslim meminta kepada-Nya.
ALLAH SWT membuka pintu rahmat dengan seluas-luasnya agar setiap Muslim meminta kepada-Nya.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia