Harian Metro

‘Heboh’ hari kedua

Reruai NSTP terus terima sambutan hangat pengunjung

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Sambutan hangat terus diberikan pengunjung di reruai The New Straits Times Press (NSTP) (M) Bhd sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh di Anjung Floria di sini, semalam.

Pelbagai program dan hadiah disediakan buat pengunjung sebagai penghargaa­n atas sokongan yang diberikan kepada tiga akhbar terbitan NSTP iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Pengurus Langganan dan Pemasaran Pengedaran NSTP Tengku Kaifimirza Tengku Hamzah berkata, sambutan luar jangkaan diterima daripada pengunjung sejak hari pertama Karnival Jom Heboh membuka tirai, kelmarin.

Menurutnya, bagi merancakka­n suasana, pelbagai program untuk semua lapisan usia disediakan termasuk aktiviti ala karnival dengan hadiah istimewa menanti pengunjung bertuah.

“NSTP mengucapka­n jutaan terima kasih buat pengunjung sentiasa memberikan sokongan kepada akhbar terbitan syarikat ini.

“Sebagai penghargaa­n, reruai NSTP dimeriahka­n dengan pelbagai program selain hadiah percuma dan cenderahat­i eksklusif buat pembaca setia kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, sempena Karnival Jom Heboh ini, NSTP mendapat sokongan rakan strategik antaranya Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang menaja 3,000 kilogram beras, biskut Julies (4,500 paket), teh Cap Panglima (20,000 paket).

Selain itu, katanya, NSTP turut disokong Hi Top Tea yang menaja 20,000 paket selain 2,000 produk kesihatan Himalaya.

Karnival Jom Heboh turut dimeriahka­n dengan khemah dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, Oh Bulan, Seismik, Vocket, Wowshop dan Tonton.

 ?? ??
 ?? ?? RERUAI NSTP menjadi tumpuan pengunjung sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh di Anjung Floria. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
RERUAI NSTP menjadi tumpuan pengunjung sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh di Anjung Floria. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia