Harian Metro

Hanya PhD tinggal kenangan!

Ibu wakili anak meninggal dunia kerana sakit jantung terima Ijazah Doktor Falsafah Psikologi

- Oleh Juwan Riduan am@hmetro.com.my

Seorang ibu menahan sebak apabila mendengar nama mendiang anaknya, Ng Yi Ming, 35, diumumkan sebagai graduan pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-23, semalam.

Yi Ming yang meninggal dunia akibat masalah jantung tahun lalu antara penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi dan ibunya, Cheng Lak Mooi, 65, tampil mengambil skrol yang disampaika­n Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Lak Mooi berkata, dia gembira kerana dapat memenuhi hasrat mendiang untuk hadir dan menerima skrol berkenaan. Menurutnya, mendiang anaknya seorang yang rajin dan cekal demi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Katanya, mereka sekeluarga berbangga kerana mendiang melangkah ke peringkat tertinggi walaupun menderita penyakit jantung.

“Sebelum menerima PhD dalam bidang psikologi, mendiang menerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian Psikologi Industri dan Organisasi di universiti ini. “Selain itu, mendiang menjadi penerima Ijazah Sarjana Sains Psikologi Perkembang­an Kanak-kanak dari Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya. Katanya, mendiang membuat pembentang­an Viva pada 21 Januari tahun lalu

“Dia gigih melakukann­ya walaupun keadaan kesihatan kurang baik Lak Mooi

sebelum diberikan tempoh tiga bulan untuk membuat pembetulan tesis.

“Namun, dia gigih dan berjaya melakukann­ya walaupun berdepan keadaan kesihatan kurang baik,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai penyakit jantung dihidapi mendiang, Lak Mooi berkata, anaknya pernah menjalani pembedahan penggantia­n injap pada September 2014.

“Bagaimanap­un, selepas pembedahan berisiko tinggi itu, mendiang sering mengalami heart palpitatio­ns.

“Dia menghembus­kan nafas terakhir pada 21 Februari tahun lalu selepas lebih 20 tahun menderita penyakit mitral valve prolapse,” katanya. Untuk rekod, mendiang dianugerah­kan ijazah secara anumerta dan salah seorang daripada 77 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-23.

 ?? ?? LAK Mooi menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah daripada Tun Juhar mewakili anaknya mendiang Yi Ming.
LAK Mooi menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah daripada Tun Juhar mewakili anaknya mendiang Yi Ming.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia