Harian Metro

243,297 Pati pulang secara sukarela

-

Seramai 243,297 pendatang tanpa izin (Pati) dihantar pulang secara sukarela menerusi Program Rekalibras­i Pulang sejak ia dilaksanak­an pada Disember 2020 dan berakhir 30 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) berkata sehingga Khamis lepas, seramai 282,561 jumlah keseluruha­n pendatang tanpa izin yang sudah berdaftar dan selebihnya akan pulang secara berperingk­at.

“Kita akan mengambil tindakan yang tegas pada sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima arahan yang telah kita keluarkan. Tempoh hari masih lagi ada yang ambil sambil lewa.

“Orang-orang ini sama ada warga asing yang tinggal di sini tanpa dokumen, tanpa dokumen yang sah atau tanpa pengesahan yang dibuat oleh imigresen.

“Begitu juga dengan majikan yang mengambil mereka bekerja akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan,” katanya ketika ditemui pada program kenduri rakyat di

Kampung

Anak Kurau di sini.

Hamzah, yang juga

Ahli Parlimen Larut, berkata kerajaan tidak akan berkomprom­i terhadap pendatang tanpa izin yang enggan mendaftark­an diri untuk pulang secara sukarela setelah tempoh pelanjutan itu tamat.

Katanya, pendatang tanpa izin boleh berdaftar untuk pulang menerusi program itu atau membuat permohonan untuk bekerja di negara ini secara sah menerusi Program Rekalibras­i Tenaga Kerja.

“Apabila hendak kerja semula, kita akan panggil untuk temu duga dan pengesahan sebab kalau mereka melakukan kesalahan yang kita rasa tidak boleh dimaafkan, kita suruh dia pulanglah, tetapi ada kesalahan-kesalahan kecil yang mereka lakukan, Insya-Allah kita boleh berikan.

“Jadi setakat ini jumlahnya mencukupi daripada apa yang kita anggarkan pada awalnya iaitu saya anggarkan sebelum ini hanya kira-kira 200,000 tetapi hari ini yang pulang dan yang mahu kerja semula sudah pun mencecah 400,000 orang,” katanya.

Beliau berkata angka itu mampu untuk membantu majikan yang memerlukan tenaga kerja warga asing dalam pelbagai sektor di negara ini dan rekod menunjukka­n hampir RM1 bilion bayaran levi diterima kerajaan antaranya daripada program itu sejak awal tahun ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia