Harian Metro

2,000 restoran ditutup!

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Pernah dilabel antara perniagaan yang tidak bermasalah, pemilik rangkaian restoran mamak di negara ini kini berdepan situasi kritikal susulan kekurangan pekerja terutama pekerja asing.

Biarpun negara berada dalam fasa peralihan endemik, graf perniagaan mereka berada pada tahap paling ‘terasa’ sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Setakat ini lebih 2,000 restoran terpaksa ditutup di seluruh negara susulan tiada pekerja dan pada masa sama, tidak ada pekerja tempatan yang berminat.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, biarpun jumlah tenaga kerja asing dalam bidang makanan dan minuman tidak sampai lima peratus daripada keseluruha­n pekerja asing di negara ini, namun ia memberi impak yang cukup besar kepada pengusaha.

Katanya, ia menyebabka­n operasi restoran yang biasanya tersusun mengikut syif tergendala dan mutu perkhidmat­an tidak lagi seperti sebelum ini.

“Itu menyebabka­n ada ketikanya pelanggan merungut makanan yang dipesan sampai lambat, bukan lagi ‘laju’ seperti biasa.

“Jumlah 2,000 restoran ini bukan sedikit dan ia memberi kesan kepada ramai pemilik restoran yang memilih untuk gulung tikar daripada terus berniaga,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan biasa, sebuah restoran memerlukan 20 hingga 25 pekerja asing yang mahir bagi membolehka­n operasi lancar usehingga jam 12 tengah malam.

Ditanya mengenai peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan, beliau berkata, sebelum ini sudah banyak tawaran diberikan, namun mereka tidak dapat bertahan dan memilih untuk berhenti.

“Tahun lalu kita buat program penjodohan pekerjaan. Lima

bas disediakan untuk bawa mereka tetapi malangnya seorang pun tidak hadir.

“Mungkin mereka tidak berminat dengan sektor ini walaupun kita sediakan kemudahan yang sewajarnya,” katanya.

Jawahar Ali berkata, pihaknya difahamkan isu kemasukan pekerja asing akan selesai tidak lama lagi dan berharap ia berakhir segera kerana bimbang tidak ramai yang mampu bertahan.

“Presma dimaklumka­n ia sedang dalam proses. Apa yang berlaku kepada pemilik restoran hari ini memang terkesan.

“Restoran mamak juga seperti sektor lain, tidak ada pekerja, bagaimana kami hendak berniaga,” katanya.

“Pelanggan merungut makanan yang dipesan sampai lambat Jawahar Ali

 ?? ?? SEBUAH restoran memerlukan 20 hingga 25 pekerja asing yang mahir bagi membolehka­n operasi berjalan lancar.
SEBUAH restoran memerlukan 20 hingga 25 pekerja asing yang mahir bagi membolehka­n operasi berjalan lancar.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia