Harian Metro

Dilema pemilik rangkaian restoran nasi kandar

-

Kuala Lumpur: Restoran ada, pekerja tiada. Itu dilema beberapa pemilik rangkaian restoran nasi kandar yang terpaksa menutup cawangan perniagaan kerana tiada pekerja.

Bagi mereka, tiada apa yang boleh dilakukan ketika perniagaan tidak boleh diteruskan kerana tiada pekerja selain beberapa isu lain seperti ketidakten­tuan ekonomi.

Pemilik Nasi Kandar Padang Kota, Syed Ibrahim Mohamed Mydin berkata, dia terpaksa menutup dua cawangan nasi kandarnya di Johor Bahru dan Bertam, Pulau Pinang kerana masalah itu.

Katanya, ia adalah situasi paling teruk pernah dilaluinya selepas memulakan perniagaan kira-kira 25 tahun lalu.

“Bila tidak ada pekerja, memang tak boleh buat apa. Sebelum ini setiap syif ada sekurang-kurangnya 15 orang yang bekerja.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, tidak ada pekerja asing dibenarkan bekerja di restoran menyebabka­n perniagaan terjejas. Saya terpaksa tutup dua cawangan.

“Mana-mana pekerja yang masih tinggal dipindahka­n ke cawangan lain untuk bekerja. Permintaan ada, restoran ada tetapi tiada pekerja, memang susah,” katanya.

Syed Ibrahim berkata, beliau berharap masalah itu dapat diatasi bagi membolehka­n pengusaha restoran sepertinya meneruskan operasi. Sementara itu pemilik Restoran Salam, Mukthahir M Ibrahim berkata, dia juga berdepan keadaan sama apabila terpaksa menutup dua restoranny­a di Lembah Klang.

‘ Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, tidak ada pekerja asing dibenarkan bekerja di restoran menyebabka­n perniagaan terjejas. Saya terpaksa tutup dua cawangan”

Syed Ibrahim

 ?? ?? RESTORAN nasi kandar tidak boleh bangkit kembali sejak negara dilanda Covid-19.
RESTORAN nasi kandar tidak boleh bangkit kembali sejak negara dilanda Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia