Harian Metro

Talapia mati tompok merah

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@metro.com.my

Seorang pengusaha ikan sangkar komersial mendakwa kerugian mencecah RM50,000 apabila lebih 10,000 ikan tilapia merah dewasa mati mengejut.

Sabarudin Osman, 52, yang memiliki 80 sangkar di Sungai Pahang di Kampung Tebat di sini, berkata, kebiasaann­ya setiap pagi dia menangkap ikan dalam sangkar, tetapi kali ini membuang ribuan bangkai ikan.

Katanya, setiap sangkar ada sekurang-kurangnya 500 ikan kecil dan dewasa yang mati berperingk­at setiap hari.

“Dalam tempoh seminggu, saya menanggung kerugian

RM50,000 apabila ikan tilapia merah dewasa yang sedia dipasarkan mati tanpa diketahui sebabnya.

“Setiap ikan terdapat kesan seperti kudis dan berdarah pada badan namun saya tidak pasti puncanya. Mungkin kerana serangan parasit.

“Bagaimanap­un, saya reda dan perlu tabah kerana tiada rezeki kali ini,” katanya yang dibantu anaknya, Muhammad Dzulhisyam, 23, ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, kes kematian ikan tilapia yang diusahakan­nya pernah berlaku empat tahun lalu menyebabka­n dia kerugian besar.

Sementara itu, Muhammad Dzulhisyam berkata, ikan tilapia yang mengalami masalah kerap timbul di permukaan air dengan badan terdapat tompok merah sebelum mati.

“Pegawai Jabatan Perikanan Pahang datang mengambil contoh ikan mati untuk mengkaji punca penyakit dan dimaklumka­n ikan sangkar di Kampung Tebat sahaja diserang penyakit.

“Saya dan ayah tidak mampu berbuat apa-apa, kami berdoa penyakit berkenaan tidak menyerang ikan lain,” katanya yang menternak ikan sangkar sejak 1995.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar mengesahka­n pihaknya mengambil contoh ikan mati bagi analisis.

Setiap sangkar ada 500 ikan kecil dan dewasa mati berperingk­at setiap hari

 ?? ?? MUHAMMAD Dzulhisyam mengangkat bangkai talapia yang mati tanpa sebab diketahui.
MUHAMMAD Dzulhisyam mengangkat bangkai talapia yang mati tanpa sebab diketahui.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia