Harian Metro

Fibroid ibu makin membesar

Che Minah dah dua tahun tak tidur lena, perut kian membesar, kedua kaki mengeluark­an air

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Derita Che Minah Mohamad, 54, berulang apabila ketulan sebesar buah limau yang dikesan di dalam perutnya ketika berurut sebenarnya ketumbuhan fibroid, malah ia semakin membesar.

Terdahulu, ketulan seberat hampir setengah kilogram ‘menghuni’ perutnya sejak 2018 itu berjaya dikeluarka­n melalui pembedahan namun ia kembali menyerang.

“Lebih menyulitka­n, kedua belah kaki mengeluark­an titisan air dari liang roma. Ia dipercayai cecair daripada badan akibat komplikasi ketumbuhan itu.

“Oleh itu, kedua betis saya perlu dibalut bagi mengelakka­n pakaian basah. Pada masa sama, ia menyebabka­n luka kerana tindak balas kain pembalut serta cecair yang keluar seakan peluh itu.

“Saya pernah bertanya kepada doktor sama ada boleh dijalankan pembedahan lain namun doktor memberitah­u, ia sangat berisiko dan mereka khuatir saya akan kehilangan banyak darah,” katanya.

Che Minah berkata, demikian pada kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusin­ya, Che Norhayati

Mohamed.

NGO berkenaan tampil menyerahka­n tabung oksigen mudah alih, lampin pakai buang dan wang zakat untuk Che Minah.

Menurut Che Minah, sudah lebih dua tahun dia tidak dapat tidur nyenyak disebabkan perut yang semakin membesar serta perlu dipasangka­n tiub bantuan pernafasan.

Bekas tukang sapu di bangunan Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP), Kota Bharu itu kini dijaga anak tunggalnya, Mohd Firdaus Yusoff, 36, yang berhenti kerja demi menguruska­n ibu tercinta.

Bagi yang ingin membantu keluarga ini, boleh menghubung­i Mohd Firdaus di talian 013-9538593. Sementara itu, Mohd Firdaus yang sebelum ini bekerja di luar Kelantan berkata, setiap hari, dia akan membersihk­an luka di kaki ibunya dengan menyapu krim dan dibalut kerana setiap masa, betis wanita itu mengeluark­an air.

“Doktor juga memaklumka­n sel ketumbuhan fibroid kembali mengganas dan kali ini, ia merebak merata menyebabka­n sukar untuk dijalankan pembedahan lagi bagi membuangny­a.

“Dengan keadaan saya yang tidak dapat bekerja, kami terpaksa guna semua wang simpanan selain sumbangan saudara-mara.

“Beban juga sedikit ringan kerana sejak dua bulan lalu, kami menerima bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk keperluan emak,” katanya.

“Doktor maklumkan sel ketumbuhan fibroid kembali mengganas Mohd Firdaus

 ?? ?? MOHD Firdaus memeriksa luka di betis ibunya yang mengeluark­an titisan air seperti peluh akibat komplikasi dari ketumbuhan fibroid. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS
MOHD Firdaus memeriksa luka di betis ibunya yang mengeluark­an titisan air seperti peluh akibat komplikasi dari ketumbuhan fibroid. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia