Harian Metro

Pembedahan budak patah tulang sebanyak 50 kali terpaksa ditangguhk­an

-

Georgetown: Kanak-kanak penghidap penyakit Osteogenes­is Imperfecta (OI), Khayla Adha Mirza Imran, 6, sekali lagi diuji apabila terpaksa menangguhk­an pembedahan paha kanannya berikutan faktor kesihatan.

Pembedahan yang sepatutnya dijalankan pada bulan lalu itu ditunda sehingga tulang kakinya berada dalam keadaan baik.

Ibunya, Khairol Niza Zaffarulla­h Khan, 42, berkata, anak bongsunya sudah dimasukkan ke wad di hospital swasta pada pertengaha­n bulan lalu bagi tujuan pembedahan itu.

“Namun, ketika pemantauan didapati Khayla mengalami demam dan disahkan pneumonia serta perlu berterusan dirawat di hospital itu.

“Selepas sembuh, doktor pakar mendapati keadaan tulang kakinya masih belum sesuai bagi dijalankan pembedahan dan perlu menjalani beberapa proses imbasan dan kemoterapi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pembedahan itu kelak akan memudahkan pergerakan Khayla terutama bagi bersekolah di tahun satu pada tahun depan.

Mengulas lanjut, Khairol Niza berkata, bagaimanap­un Khayla sekali lagi mengalami patah tangan kanan selepas dibawa pulang ke rumah pada minggu lalu.

Katanya, sehingga kini Khayla sudah mengalami patah tulang lebih daripada 50 kali berikutan keadaan tulangnya yang rapuh.

“Sebanyak RM140,000 kos rawatan yang diperlukan bagi pembedahan Khayla namun kini wang yang terkumpul sekitar RM100,000.

“Sebenarnya kos rawatan sudah mencukupi ketika dimasukkan ke hospital swasta pada bulan lalu namun berikutan radang paru-paru, saya terpaksa gunakan bagi membayar kos rawatan,” katanya lagi.

Khairol Niza berkata, bukannya dia tidak mahu merujuk anaknya ke hospital kerajaan dengan kos lebih rendah, tetapi tiada pakar yang boleh merawat penyakit anaknya itu.

“Sebelum ini Khayla sudah

Selepas sembuh, doktor pakar mendapati keadaan tulang kakinya masih belum sesuai bagi dijalankan pembedahan dan perlu menjalani beberapa proses imbasan dan kemoterapi”

beberapa kali menjalani rawatan di hospital kerajaan namun tidak berjaya kerana tiada pakar khusus bagi merawat penyakit itu yang jarang berlaku di Malaysia.

“Hanya di hospital swasta berkenaan sahaja yang ada pakar dan pembedahan terhadap dua pesakit OI sebelum ini berjaya,” katanya.

Mereka yang mahu memberi sumbangan boleh menghubung­i Khairol Niza di talian 011-3712 7515.

Khairol Niza

 ?? ?? KHAYLA menghidap penyakit Osteogenes­is Imperfecta.
KHAYLA menghidap penyakit Osteogenes­is Imperfecta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia