Harian Metro

SASAR BUKA 500 COOPMART

Medac komited bantu tangani peningkata­n kos sara hidup melalui barangan ditawar di koperasi

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Medac) menyasarka­n untuk menambah lebih 500 kedai koperasi (Coopmart) di seluruh negara bagi membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya berkata, setakat ini terdapat 400 Coopmart di seluruh negara.

Katanya, konsep Coopmart diperkenal­kan pada tahun ini untuk menawarkan barang keperluan yang mampu milik dan rendah bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 di bandar.

“Koperasi sangat signifikan

dengan Coopmart dan pihak kami menyasarka­n seberapa banyak koperasi yang ada kemampuan untuk kita membina rangkaian Coopmart untuk membantu ahli dan juga rakyat dengan menawarkan harga yang lebih murah.

“Bagi membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat, pihak kami akan memastikan sama ada koperasi masjid atau koperasi berasaskan perkhidmat­an untuk dijadikan Coopmart dengan bantuan dana daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan di Aeon Mall, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian, Perdaganga­n, Pelaburan Dan Pembanguna­n Usahawan Kelantan, Saiful Adli Abu Bakar dan Pengarah SKM Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed.

Dalam perkembang­an lain, Muslimin berkata, sehingga Disember 2021, gerakan koperasi di Negeri Kelantan mempunyai bilangan koperasi berdaftar sebanyak 939.

Ia meliputi bilangan keanggotaa­n individu seramai 318,195 orang dengan jumlah model syer dan modal saham terkumpul berjumlah RM412 juta.

“Jumlah perolehan terkumpul yang dicatatkan sehingga Disember 2021 berjumlah RM842.98 juta,” katanya.

 ?? ?? MUSLIMIN (tengah) bersama Saiful Adli (dua dari kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Koperasi kepada Mohamad Jaafar selepas perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan.
MUSLIMIN (tengah) bersama Saiful Adli (dua dari kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Koperasi kepada Mohamad Jaafar selepas perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia