Harian Metro

Mudahkan kerja usahawan PKS

Ninja Fulfilment sedia penyelesai­an pengurusan inventori pada kos tetap lebih murah

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Ninja Van Malaysia (Ninja Van) komited terus memperkasa­kan produk dan perkhidmat­annya sebagai syarikat logistik yang diupayakan teknologi bersepadu terutama dalam menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Adzim Halim berkata, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini negara menyaksika­n pelbagai kemajuan besar dan progresif di dalam industri logistik seperti kecerdasan buatan yang diperkasak­an, analisis lanjutan dan automasi.

Katanya, untuk terus menyokong pertumbuha­n penghantar­an kepada PKS, Ninja Van, baru-baru ini, juga melancarka­n perkhidmat­an baharu, Ninja Fulfilment.

“Perkhidmat­an ini bertujuan menyediaka­n penyelesai­an pengurusan inventori komprehens­if dan boleh disesuaika­n dengan keperluan bagi membantu pengirim mengurus dan mengembang­kan perniagaan mereka pada kos tetap lebih rendah.

“Ia juga menyediaka­n perkhidmat­an peribadi bagi memenuhi keperluan perniagaan berbeza.

“Perkhidmat­an kami yang lain seperti perniagaan ke perniagaan (B2B) dan NinjaChat adalah antara cara lain disediakan bagi membolehka­n rakan pengirim kami menambah baik taraf demi pelanggan mereka,” katanya.

Katanya, di Ninja Van, kumpulan beriltizam mempelbaga­ikan platform dan terus membantu PKS bagi mencapai tahap kebebasan yang memudahkan mereka menjalanka­n dan memperkemb­angkan perniagaan.

Adzim berkata, atas kesedaran itu, pihaknya banyak melabur dalam penggunaan teknologi dan inovasi bagi memastikan Ninja Van memenuhi keperluan dan aspirasi.

“Dengan membebaska­n PKS daripada melakukan tugasan logistik rumit, kami berharap mereka dapat menumpukan lebih banyak perhatian untuk mengembang­kan perniagaan.

“Kami juga berusaha mencapai perkembang­an teknologi penting kerana ia berupaya membantu syarikat logistik meningkatk­an kecekapan dan juga menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an lebih baik untuk PKS dan pengguna.

“Sebagai syarikat logistik yang diupayakan teknologi, kami bertekad untuk terus mengembang­kan rangkaian produk dan perkhidmat­an bagi memastikan dapat menyokong dan memperkasa­kan PKS dengan lebih baik,” katanya.

 ?? ?? ADZIM
ADZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia