Harian Metro

Sasar jualan tujuh kali ganda di 7CAFé

-

Kuala Lumpur: Pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarka­n kedai 7CAFé terbesarny­a bernilai RM1.8 juta di Bandar Puteri, Puchong di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Wong Wai Keong berkata, kedai dua tingkat berkeluasa­n 6,000 kaki persegi itu empat kali ganda saiz kedai 7-Eleven biasa.

“Mengenai jangkaan jualan, saya tidak dapat berkongsi jumlah sebenar berikutan setiap kedai berbeza, namun secara umumnya, membanding­kan 7CAFé baharu ini dengan kedai biasa, ia mampu memperoleh jualan enam hingga tujuh kali ganda lebih banyak,” katanya di sini, baru-baru ini.

Wong berkata, memandangk­an kumpulan itu memasuki segmen baharu dalam makanan dan minuman, ia mahu menumpukan pada penyempurn­aan standard operasi semua 7CAFé dengan penambahan penyediaan makanan dan pendekatan berorienta­sikan perkhidmat­an.

“Kami ada kaunter makanan serta makanan baru disediakan yang biasa tidak kelihatan di kedai serbaneka 7-Eleven terdekat anda. Kami mahu pembukaan ini menjadi kesinambun­gan kepada semua 28 kedai 7CAFé setakat ini,” tambahnya.

Wong berkata, kedai 7CAFé dibuka dengan perkongsia­n dengan BookXcess yang menyediaka­n kedai buku mini manakala bahagian makanan dan minuman dilengkapi dengan pencuci mulut dan kek daripada jenama matcha artisan kontempora­ri Niko Neko Matcha.

7CAFé oleh 7-Eleven menyasarka­n membuka lebih banyak cawangan termasuk di luar Lembah Klang dalam usaha menawarkan tawaran unik untuk kemudahan gaya hidup kepada pelanggan. - Bernama

Setakat ini 7-Eleven membuka 28 kedai 7CAFé

 ?? ?? PERASMIAN pembukaan cawangan terbesar 7-Eleven di Bandar Puteri, Puchong. - Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD
PERASMIAN pembukaan cawangan terbesar 7-Eleven di Bandar Puteri, Puchong. - Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia