Harian Metro

ASALKAN ‘BUMBUNG’ SAMA

- Oleh Affan Rostam am@hmetro.com.my

Walaupun kerjaya pengacaraa­n Amyra Rosli ketika ini dilihat semakin rancak, namun dia masih mahu mengekalka­n statusnya sebagai seorang pelakon.

Amyra, 31, atau nama sebenarnya Nur Amira

Izzati Rosli mengakui kerjaya lakonan tetap akan dijadikan keutamaan sepanjang perjalanan­nya bergelar anak seni.

Bagaimanap­un, ibu kepada dua anak itu tidak kisah sekiranya perlu melebihkan salah satu bidang kerana menurutnya, lakonan dan pengacaraa­n masih di bawah ‘bumbung’ yang sama.

“Setakat ini lakonan tetap akan jadi yang pertama, tetapi kalau tawaran pengacaraa­n itu lebih banyak selepas ini kenapa tidak, kan?

“Kita pun tahu ramai pelapis pelakon baharu yang semakin melonjak. Jadi, saya pun tak tahu watak apa yang bersesuaia­n dengan saya selepas ini. Jadi, kena pilih juga.

“Namun, saya tak menolak rezeki kalau kata sampai tua lakonan itu lebih banyak ataupun mengacara lebih banyak. Pada saya ia tak jadi masalah sebab masih dalam bidang sama,” katanya.

Menurutnya, dia sudah berlakon dalam tempoh agak lama dan mahu mencari ‘nafas’ baharu dengan menjadi pengacara walaupun berdepan rasa takut di awal percubaann­ya.

“Saya dah sangat lama dalam bidang lakonan, jadi bila Allah dah buka jalan dalam bidang pengacaraa­n ini saya rasa seronok dan ramai yang menyokong. Tapi, kalau nak cuba perkara baharu memang akan ada rasa takut.

“Disebabkan itu, kita kena cuba terima cabaran itu sebab kalau tak kita tak akan tahu kebolehan kita sampai mana lagi yang boleh diasah. Senang cerita kita jangan hanya berada di zon selesa.

“Ini percubaan pertama dalam bidang pengacaraa­n. Kalau sebelum ini ada juga beberapa kali, tetapi waktu itu belum cukup matang untuk ke depan sebagai pengacara. Tetapi, kali ini saya betul-betul nekad,” katanya.

Amyra yang popular dengan watak Nur menerusi drama bersiri

Nur itu mendedahka­n dia banyak mendapatka­n ilmu serta tip pengacaraa­n daripada individu yang berpengala­man.

“Saya banyak belajar dengan orang lama dan sebenarnya saya sangat bertuah bila dapat duduk dalam rancangan Nona ketika ini sebab di belakang saya ada penerbit Rena Hazrena.

“Siapa tak tahu dia pengacara yang hebat dan bila kita berada sebumbung dengannya secara tak langsung saya dapat tips macam mana nak menghafal skrip.

“Ini kerana skrip drama dan pengacaraa­n itu lain. Saya juga dapat belajar postur badan dan intonasi suara yang betul. Jadi, banyak saya dapat belajar disitu,” katanya.

Katanya, jika mahu mencapai sesuatu matlamat dalam hidup, maka perlu disusuli dengan usaha dan manfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada.

“Kita kena berani, rajin dan jangan dengar apa orang luar bercakap mengenai kita sebab mereka tak ada di tempat kita.

“Kita yang nak menempuh cabaran itu, jadi kalau dah ada rezeki dan peluang di depan mata terus ambil,” katanya.

Selain itu, Amyra turut menganggap sokongan, doa serta kata-kata semangat yang diberikan peminat menjadi sumber kekuatanny­a untuk melangkah lebih jauh.

Sebelum ini, Amyra berjaya mencipta fenomena menerusi drama Jangan Menangis Cinta hasil gandingan bersama pelakon Remy Ishak dan dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai menerusi rancangan Nona TV3 pada malam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022.

Saya dah sangat lama dalam bidang lakonan, jadi bila Allah dah buka jalan dalam bidang pengacaraa­n ini saya rasa seronok dan ramai yang menyokong AMYRA

 ?? ?? AMYRA mengakui kerjaya lakonan tetap menjadi keutamaan.
AMYRA mengakui kerjaya lakonan tetap menjadi keutamaan.
 ?? ?? AMYRA dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai.
AMYRA dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia