Harian Metro

PILIHAN UTAMA BELIA

Program Dermasiswa B40 TVET tingkat motivasi, galak penyertaan pelajar dalam bidang TVET

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dikenal pasti sebagai satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12).

Justeru sudah sampai masa TVET menjadi pilihan utama belia dalam mempersiap­kan diri mereka untuk masa depan seperti negara maju lain.

Pelaksanaa­n Program Dermasiswa B40 TVET, khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang itu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bawah seliaan Kementeria­n Pengajian Tinggi pada tahun ini dengan pengambila­n pertama membabitka­n 1,000 orang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat respons positif dari pelbagai pihak.

Perdana Menteri mengumumka­nnya ketika Majlis Perasmian

Minggu TVET Negara 2022 baru-baru ini.

Program itu dilaksanak­an bagi meningkatk­an motivasi dan galakan kepada pelajar untuk memilih bidang TVET.

Naib Canselor

Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, pelaksanaa­n Program Dermasiswa B40 TVET adalah suntikan semangat yang boleh meningkatk­an lagi enrolmen pelajar TVET pada masa ini.

Katanya, selain bakal pelajar ke pengajian tinggi mempunyai banyak kemudahan pembiayaan dan pinjaman seperti Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini pelajar yang memilih aliran TVET mempunyai satu lagi dana melalui dermasiswa ini.

“Pelajar kini sudah mula memahami walau apa pun aliran asalkan peringkat ijazah, status mereka adalah sama. Malah, aliran TVET juga mulai diyakini lebih mudah untuk mendapat pekerjaan.

“Oleh itu, saya percaya selepas ini promosi untuk ke aliran TVET lebih meyakinkan dengan diperkenal­kan dermasiswa TVET ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat sekurangku­rangannya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutka­n pengajian dalam program TVET menjelang 2025, Dr Yuserrie berkata, perkara itu tidak begitu sukar untuk dicapai kerana pelajar lepasan SPM yang memasuki jaringan Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam jurusan diploma kejurutera­an atau teknologi kejurutera­an sudah berada dalam program TVET.

Malah katanya, program diploma kejurutera­an atau teknologi kejurutera­an di MTUN termasuk

UMP adalah di bawah pengiktira­fan badan profesiona­l sama ada ETAC di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atau Majlis Akreditasi Teknologi Dan Teknikal (TTAC) di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

“Kedua-dua badan ini mengartiku­lasikan standard program mereka

 ?? FOTO ARKIB NSTP ?? MINAT dan kemahiran digarap seiring.
FOTO ARKIB NSTP MINAT dan kemahiran digarap seiring.
 ?? ?? SUDAH tiba masanya TVET menjadi pilihan belia.
SUDAH tiba masanya TVET menjadi pilihan belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia