Harian Metro

UMS JALIN KERJASAMA LUAR

Kolaborasi dengan Universiti Cankiri Karatekin, Turki menerusi program mobiliti

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Cankiri Karatekin University, Turki membabitka­n penajaan program mobiliti bernilai RM125,000.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, jumlah tajaan di bawah geran Erasmus itu membabitka­n mobiliti pelajar, penyelidik dan kakitangan pentadbira­n antara kedua-dua universiti itu.

“Tiga pelajar UMS akan berada di Cankiri Karatekin University selama satu semester, manakala enam ahli akademik dan staf pentadbira­n UMS mengajar dan menjalani latihan selama lima hari di sini.

“Pihak Cankiri Karatekin University pula menghantar 10 ahli akademik untuk mengajar dan berkongsi ilmu di UMS,” katanya selepas selesai majlis memdatanga­ni Mou di Cankiri Karatekin University, Turki, Jumaat lalu.

Perjanjian berkenaan ditandatan­gani Dr Taufiq, manakala Cankiri diwakili Rektor, Profesor Dr Harun Çiftçi.

Ia disaksikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS, Profesor Dr Rasid Mail dan

Timbalan Rector Cankiri Karatekin University, Profesor Dr Hüseyin Odabas.

Turut hadir, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Profesor Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim; Ketua Pejabat

Hubungan Antarabang­sa Cankiri, Dr Suayip Turan dan Timbalan Pengarah PPPG, Profesor Madya Dr Wardatul Akmam Din.

Dr Taufiq berkata, penajaan program mobiliti dalam perjanjian MoU itu diperoleh pihak Cankiri Karatekin University di bawah geran Erasmus untuk tahun ini.

“Perjanjian kerjasama ini diharapkan menjadi pemangkin kepada jalinan kolaborasi yang lebih meluas pada masa akan datang terutama dalam aspek penyelidik­an dan penerbitan.

“Semoga kerjasama ini juga akan meningkatk­an keterlihat­an jenama UMS, termasuk mendapatka­n pasaran baharu daripada negara Turki selain dapat meningkatk­an kualiti dan kuantiti program mobiliti ‘inbound’ dan ‘outbound’ universiti,” katanya.

 ?? ?? ROMBONGAN UMS dan Cankiri Karatekin University bergambar bersama selepas menandatan­gani MoU.
ROMBONGAN UMS dan Cankiri Karatekin University bergambar bersama selepas menandatan­gani MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia