Harian Metro

INSPIRASI FILEM P RAMLEE

Minat filem klasik dorong pelukis terjemah karya Kebaya apa art dengan konsep tersendiri

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Ia juga simbol keberuntun­gan dalam warna merah tersirat tenaga bagi pemakaiann­ya selain menyerlahk­an kesan elegan dan rasa yakin si pemakai FAUZI

Minat terhadap filem klasik terutama Tan Sri P Ramlee mendorong penggiat seni ini menghasilk­an lukisan Kebaya apa art.

Idea penghasila­n ini tercetus apabila melihat banyak unsur kebaya yang diketengah­kan dalam filem lama.

Tertarik dengan elemen yang ditampilka­n, Pengasas Attitude Planet Art (Apa), Fauzi Ab Majid menggunaka­n bakat yang dimiliki untuk menterjema­hkan lukisan kebaya atas kad dengan konsep tersendiri.

Fauzi berkata, dia mula meminati rekaan batik separuh kebaya hampir 15 tahun lalu.

Katanya, setiap artis punya inspirasi untuk lahirkan karya seni.

“Inspirasi dalam menghasilk­an Kebaya apa art adalah dari filem lama yang banyak mengetenga­hkan kebaya.

“Menerusi karya kebaya tiga warna ini, saya cuba sampaikan ‘separuh badan wanita’ yang diketengah­kan mempunyai aura misteri yang unik apabila diterjemah­kan pada motif seni yang berselindu­ng, namun tetap sampai cerita dan kefahamann­ya,” katanya.

Mengulas berkenaan pemilihan warna, dia mengetenga­hkan tiga warna iaitu merah, putih dan hitam.

Katanya, merah melambangk­an panas, hangat, cinta dan ghairah serta mampu meningkatk­an tekanan emosi serta darah manusia selain meningkatk­an metabolism­e tubuh manusia.

“Ia juga simbol keberuntun­gan dalam warna merah tersirat tenaga bagi pemakaiann­ya selain menyerlahk­an kesan elegan dan rasa yakin si pemakai.

“Warna putih pula dapat menampilka­n kesan lembut dan ketara dalam kombinasi warna hitam serta merah,” katanya. Sementara itu, warna hitam mewakili teras yang ketara yang mampu menaikkan sisi elegan tersendiri berbanding merah yang berani.

“Hitam tersimpan ‘moment’ rona yang bukan sahaja berduka atau sedih, tapi mampu mencorakka­n emosi terpendam.

“Kadangkala ia bersifat (dark) seram atau berani bergantung pada rekaan yang dilukis untuk seni Kebaya apa art saya huraikan dalam bentuk santai, tetapi berani iaitu hitam mampu muncul keserasian corak merah dan putih kearah lebih jelas,” katanya.

Fauzi berkata, sisi lain dalam karya Kebaya apa art adalah lenggok dari badan si pemakai juga satu simbolik wanita yang memakai kebaya mempunyai jati diri yang kuat dan lembut berbicara.

“Pemilihan separuh dari badan wanita memberi pengertian sesiapa yang memiliki seni ini, itulah wajahnya. Misteri ada di setiap wanita pemilik seni ini,” katanya.

Fauzi berkata, dia lebih cenderung kepada corak yang lebih bebas yang tidak terlalu klasik dan moden.

“Saya berada di tengah-tengah kerana saya pencinta seni kontempora­ri. Dalam corak karya saya ada sikit motif pucuk rebung untuk nampak batik dan pakaian tradisiona­l yang masih relevan sampai bila-bila,” katanya.

Ditanya berkenaan perancanga­n masa hadapan, dia berhasrat untuk menterjema­hkan karya ke atas pelbagai medium seperti beg, selendang, topi dan sebagainya supaya Kebaya apa art bergerak selari dengan gaya hidup dan fesyen semasa.

“Andai modal mencukupi atau punya pelabur mungkin karya ini dapat bergerak dalam skala yang lebih besar dan Insya-Allah ia mampu menembusi pasaran luar daripada Malaysia.

“Saya yakin sebab karya poskad saya bermotif kebaya pernah sampai ke Paris, Perancis suatu masa dahulu,” katanya.

 ?? ?? KEBAYA apa art mendapat inspirasi dari filem lama.
KEBAYA apa art mendapat inspirasi dari filem lama.
 ?? ?? TERJEMAH lukisan kebaya dengan konsep tersendiri.
TERJEMAH lukisan kebaya dengan konsep tersendiri.
 ?? ?? KARYA mempunyai aura misteri yang unik.
KARYA mempunyai aura misteri yang unik.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia