Harian Metro

Ronaldo bukan untuk dijual!

Bintang Portugal adakan perbincang­an mengenai perpindaha­n dengan Chelsea

-

Manchester United yang berang memberi peringatan tegas kepada Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu mengadakan perbincang­an mengenai perpindaha­n dengan Chelsea.

Laporan kelmarin mengatakan ejen Ronaldo, Jorge Mendes, bertemu dengan pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly, yang berminat untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge.

Manchester United memberitah­u Ronaldo bahawa dia bukanlah pemain yang berada dalam senarai untuk dijual.

Awal minggu ini, terdapat dakwaan di Portugal bahawa Mendes menawarkan pemain berusia 37 tahun itu kepada Bayern Munich kerana Ronaldo kecewa selepas kelab itu tidak aktif dalam jendela perpindaha­n pemain sejak melantik Erik ten Hag sebagai pengurus.

Tetapi sumber peringkat tinggi di Old Trafford menjelaska­n, Ronaldo tidak akan ke mana-mana dan ten Hag memasukkan­nya dalam rancangan untuk musim depan.

“Cristiano bukan untuk dijual. Kami mahu dan menjangkak­an sepenuhnya, dia akan bersama kami musim depan,” kata sumber berkenaan.

United berbelanja besar untuk membawa Ronaldo kembali ke kelab berkenaan pertengaha­n tahun lalu dengan menyerahka­n kontrak dua tahun bernilai £500,000 (RM2.6 juta) seminggu.

Kepulangan­nya sepatutnya menjadikan United sebagai juara dan dia memberikan sebahagian daripada tawarannya dengan menjadi penjaring terbanyak iaitu 24 gol.

Tetapi, United menduduki tempat keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), 35 mata di belakang juara, Manchester City, selepas kempen yang menyaksika­n Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan Ralf Rangnick yang dilantik sebagai pengendali sementara, gagal mengubah nasib pasukan itu.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia