Harian Metro

‘Liverpool tak mahu Mane’

-

London: Memang sudah sah Sadio Mane melengkapk­an perpindaha­n dari Liverpool ke Bayern Munich selepas dia diperkenal­kan sebagai pemain kelab juara Bundesliga itu, minggu lalu.

Ketika ada yang tertanya-tanya mengapa tonggak penting pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu meninggalk­an Liverpool, bekas pemain Queens Park Rangers, Manchester City dan West Ham, Trevor Sinclair ada penjelasan­nya.

Mane (gambar) menandatan­gani kontrak selama tiga tahun yang membolehka­nnya kekal di Bayern sehingga 2025 selepas enam musim meraih pelbagai pencapaian cemerlang bersama The Reds.

Sinclair menjelaska­n mengapa beliau merasakan Mane akhirnya membuat keputusan nekad untuk meninggalk­an Liverpool.

“Perpindaha­n Mane jelas diterima secara umum, sekarang dia meninggalk­an Liverpool sebagai legenda kelab. Tetapi saya terus mendengar beberapa peminat dan bekas pemain berkata sesuatu dan tertanya-tanya mengapa dia berhijrah.

“Biar saya beritahu anda mengapa dia pergi. Pertama saya tidak fikir dia pernah dipuji di kelab berkenaan seperti Virgil van Dijk atau Mo Salah. Kedua, Liverpool tidak memperbaha­rui kontraknya sejak tahun lalu, menunjukka­n itulah perasaan mereka terhadapny­a,” kata Sinclair.

Liverpool menghadapi situasi sama dengan Salah dan hakikatnya dia sudah memasuki tahun terakhir kontraknya dengan kelab itu.

Walaupun Salah menjelaska­n dia akan bermain untuk Liverpool musim akan datang, ia masih belum dapat dilihat sama ada dia akhirnya akan menandatan­gani perjanjian baharu untuk kelab itu atau tidak.

- Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia