Harian Metro

Tengku Djan kekal juara

Juara bertahan ungguli kelas Super Sporting dan Rookie di Litar Sepang

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Tengku Djan Ley menggunaka­n pengalaman yang ada padanya untuk mengunggul­i kelas Super Sporting dan Rookie pada perlumbaan kedua musim kelima Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) 2022 di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Tengku Djan yang beraksi bersama pasukan Prima Pearl TD Racing Team, mempamer pemanduan cemerlang mengatasi segala halangan termasuk hujan lebat di awal perlumbaan yang menyaksika­n perlumbaan dimulakan di belakang kereta keselamata­n.

“Untuk perlumbaan di litar basah, gerak hati seorang pemandu itu sangat penting. Selain itu kami juga perlu memahami situasi litar yang mana ada cengkaman dan sebaliknya.

“Litar Sepang bagi saya agak pelik sedikit kerana situasinya berubah-ubah. Jadi kami sebagai pelumba perlu memahami betul-betul mengenai litar ini supaya dapat kepantasan yang dimahukan,” katanya yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 33 minit 54.459 saat (s).

Tengku Djan yang juga juara bertahan kelas itu berkata, dia hanya cuba bertenang sepanjang perlumbaan semalam untuk memastikan dapat meraih podium pertama.

“Saya perlu sentiasa bersabar dan cuba memotong pemandu lain dengan sebaik yang mungkin,” katanya yang gagal menamatkan perlumbaan pertama, kelmarin.

Tempat kedua menjadi milik Mark Darwin dari pasukan Laser Motor Racing yang ketinggala­n 1.761s manakala Hayden Haikal dari Axle Sports meraih podium ketiga ketinggala­n 2.435s di belakang Tengku Djan.

Sementara itu, kelas Sporting pula menyaksika­n pemandu Axle Sports, Naquib Nor Azlan memenangi perlumbaan kedua dengan catatan masa 30:33.961s.

Pemandu pasukan 23 Motors, Abdul Miqail pula meraih podium kedua dan Tarmimi Tahang dari pasukan M7 Japan Project Team meraih tempat ketiga.

 ?? ?? TENGKU Djan (tengah) bersama Darwin (kanan) dan Hayden . FOTO Azhar Ramli
TENGKU Djan (tengah) bersama Darwin (kanan) dan Hayden . FOTO Azhar Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia