Harian Metro

Bukan lawan mudah

KDA FC tak boleh pandang rendah ancaman Kaya FC

-

Kuala Lumpur

Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Aidil Sharin Sahak tidak mahu memandang rendah kepada kemampuan pasukan Filipina, Kaya FC dalam aksi kedua Kumpulan G, Piala AFC 2022 malam ini.

Hal ini kerana, pasukan terbabit memiliki barisan pemain berpengala­man terutama awang import mereka yang cukup berbisa merobek kubu lawan.

Aidil berkata, Kaya FC yang diperkuatk­an oleh Jovin Bedic, Daizo Horikoshi dan Robert Lopez Mendy sudah pastinya memberi ancaman kepada KDA dalam usaha memungut tiga mata penting kelak.

Katanya, barisan kejurulati­han sudah membuat ‘kerja rumah’ berkaitan pasukan terbabit dan akan memastikan mereka tidak menjadi duri dalam daging kepada KDA FC.

“Saya sudah melihat corak permainan yang ditamoleh Kaya FC sekali gus boleh dikatakan bukan lawan yang mudah untuk KDA FC. Saya mahu barisan anak buah berjuang habishabis­an untuk pastikan keputusan memihak kepada kita kerana tiga mata penting untuk mencerahka­n peluang KDA FC melangkah ke pusingan seterusnya.

“Paling penting adalah pemain bijak mengambil peluang yang terhidang untuk menjaringk­an gol sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan mendahului perlawanan,” katanya. Terdahulu, hasrat KDA FCuntuk menyingkap saingan Kumpulan G Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dengan keputusan positif tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada Jumaat lalu.

Kemenangan tersebut menyaksika­n Bali United kini mengunggul­i Kumpulan G dengan tiga mata sambil diekori rapat kelab Kemboja, Visakha FC yang menewaskan wakil Filipina, Kaya FC 2-1 pada perlawanan sebelum itu.

 ?? ?? PEMAIN Kedah FC melakukan latihan menjelang aksi bertemu Kaya FC.
PEMAIN Kedah FC melakukan latihan menjelang aksi bertemu Kaya FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia