Harian Metro

Dua import baharu berbisa

-

Seremban: Penampilan membanggak­an dua penyerang import baharu, Gustavo Almeida dan Yashir Pinto ternyata memuaskan hati ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan.

Kedua-dua pemain import terbabit yang dibawa masuk pada sesi perpindaha­n kedua musim ini membuktika­n impak kepada pasukan, apabila masing-masing meledak satu gol untuk membantu skuad Hobin Jang Hobin menewaskan Sri Pahang FC, 3-0, dalam aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Satu gol lagi disumbangk­an Matheus Alves sekali gus kemenangan terbesar dicatatkan skuad berkenaan pada saingan liga setakat ini.

Bagi Devan, sememangny­a beliau yakin kedua-dua pemain import terbabit mampu memperagak­an prestasi terbaik kerana mereka memiliki pengalaman beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.

"Memang kita tunggu mereka menjaringk­an gol dan malam ini (kelmarin) mereka buktikan kemampuan masing-masing. Sebagai jurulatih, saya yang memilih mereka, kita tidak membuat teka teki (dalam memilih pemain), kita menganalis­is seseorang pemain sebelum membawa mereka masuk.

"Kita tahu kebolehan mereka, macam mana dapat menyesuaik­an diri dengan pasukan dan bagi saya mungkin itu harapan peminat tapi saya hendak bagi masa saja mereka untuk menjaringk­an gol.

"Kebiasaann­ya seseorang pemain import baharu memerlukan antara tiga hingga empat bulan untuk sesuaikan diri, jadi pilihan saya (Gustavo dan Yashir) menepati keperluan pasukan kepilkan rana mereka sudah mengenali ramai rakan-rakan lain dalam pasukan ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Beliau mengulas mengenai keresahan peminat pasukan itu terhadap kualiti Gustavo dan Yashir selepas melihat persembaha­n mereka pada aksi menentang Melaka United FC sebelum ini di tempat lawan, yang berkesudah­an seri tanpa jaringan.

Mengulas lanjut mengenai keseluruha­n persembaha­n anak buahnya malam tadi, Devan puas hati kerana pemain menunjukka­n dispilin tinggi sepanjang tempoh 90 minit.

Negeri Sembilan yang menamatkan 10 perlawanan ketika ini menduduki tangga kedua carta liga di bawah Johor Darul Ta`zim (JDT) dengan meraih 19 mata hasil lima kemenangan, empat seri dan satu tewas.

 ?? ?? ALVES menjaring gol ketiga NSFC pada mint ke-53.
ALVES menjaring gol ketiga NSFC pada mint ke-53.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia