Harian Metro

‘Ke mana pun tetap bersama’

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Arwah seorang kakak yang ceria dan sangat baik, malah dua anaknya sangat rapat dengan ibu mereka, nak ke mana-mana pun mereka mesti bersama,” kata Mohd Asyraf Ibrahim, 34.

Mohd Asyraf adalah adik kepada Masyitoh Ibrahim, 37, yang meninggal dunia selepas kereta Proton Persona yang dinaiki bersama dua anaknya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Muda di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, kelmarin.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah kakaknya itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan hubungan mereka seperti biasa.

Katanya, dua anak saudaranya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, pula seorang anak yang baik dan memanggiln­ya dengan gelaran pak cik.

“Cuma ketika kejadian, dua beradik itu mengikut ibu mereka ke program gotong-royong di sekolah mereka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong manakala abang sulung mereka, Muhammad Ziyad Hadif, 10, pula tidak ikut.

“Saya terkejut dengar berita yang menimpa mereka melalui salah seorang abang dan bergegas ke sini dengan harapan mereka ditemui selamat tapi reda apabila mereka disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian tiga beranak itu di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, semalam.

Menurut Mohd Asyraf, sebelum ini arwah kakaknya menetap di Pekan Kuala Ketil dan baru berpindah ke Sungai Petani.

Katanya, jenazah tiga beranak itu dijangka dikebumika­n di kampung halaman mereka di Bukit Pinang di Alor Setar sejurus selepas urusan bedah siasat selesai.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia nampak perubahan sikap arwah dan dua anaknya ketika program gotong-royong di sekolah, malah tiga beranak itu banyak mendiamkan diri.

Katanya, arwah seorang yang baik dan sebelum ini ceria tapi bertukar pendiam.

“Saya masih terbayang wajah dua anak arwah bermain depan mata saya dan terkejut juga apabila dimaklumka­n kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai yang tular di media sosial,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, bapa dua kanak-kanak terbabit, Sharudin Aziz, 51, gagal menahan sebak sebaik melihat jasad anak-anaknya itu dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 7 malam selepas rakannya memberitah­u ternampak nombor pendaftara­n kereta seakan nombor kenderaann­ya.

“Saya bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku kerana ada saksi nampak kereta itu hanyut dan tenggelam dalam sungai,” katanya.

“Saya bergegas ke sini dengan harapan mereka ditemui selamat Mohd Asyraf

 ?? ??
 ?? ?? ANGGOTA bomba membawa naik jasad tiga beranak.
ANGGOTA bomba membawa naik jasad tiga beranak.
 ?? ?? GAMBAR kenangan Masyitoh bersama dua anaknya yang turut maut.
GAMBAR kenangan Masyitoh bersama dua anaknya yang turut maut.
 ?? ?? KERETA mangsa diangkat naik menggunaka­n kren.
KERETA mangsa diangkat naik menggunaka­n kren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia