Harian Metro

EZ Qurban terima sijil AWARIS pastikan ketelusan transaksi

-

‘ Apa yang saya inginkan adalah supaya EZ Qurban semakin telus di masa hadapan. Insya-Allah, kami akan menggunaka­n sistem blockchain di mana gerak kerja kami akan sentiasa direkodkan”

Ahmad Fadzlullah

Kuala Lumpur: Bagi memastikan EZ Qurban Sdn Bhd sentiasa menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia biarpun semakin banyak agensi tawarkan perkhidmat­an sama, pelopor ibadah korban dan akikah dalam serta luar negara itu kini mengubah langkah.

Malah, EZ Qurban menjadi agensi pertama di Malaysia yang menerima Sijil Perkhidmat­an Korban & Akikah Patuh Syariah MS ISO 1900:2014.

Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban Ahmad Fadzlullah Bin Hasanuddin berkata, pengiktira­fan itu diterima pihaknya pada 15 April lalu.

“Selain itu, EZ Qurban juga menerima Sijil Amanah Warisan Berhad (AWARIS) bagi memastikan ketelusan proses transaksi peserta akikah dan korban,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sijil pengesahan daripada AWARIS membuktika­n setiap transaksi adalah bersih.

“Saya sendiri pernah menerima persoalan tentang ketulusan menguruska­n ibadah akikah dan korban. Jadi, sijil pengesahan daripada AWARIS membuktika­n perkara ini,” katanya.

Memperinci­kan prosesnya, Ahmad Fadzlullah berkata, setiap bayaran yang dimasukkan ke dalam EZ Qurban akan dipindah masuk ke dalam akaun trustee yang dipantau AWARIS Berhad.

“Sekiranya kami ingin melaksanak­an ibadah korban atau akikah peserta seperti membeli haiwan, kami perlu pastikan jumlah yang dikeluarka­n sama seperti resit yang mereka terima.

“Apa yang saya inginkan adalah supaya EZ Qurban semakin telus di masa hadapan. Insya-Allah, kami akan menggunaka­n sistem blockchain di mana gerak kerja kami akan sentiasa direkodkan. Jika para peserta inginkan maklumat lanjut tentang haiwan korban mereka, mereka hanya perlu imbas kod yang diberikan.

“Mungkin suatu hari nanti, info (maklumat) sampel darah haiwan akikah dan korban dapat diakses peserta korban dan akikah,” katanya.

Untuk rekod, EZ Qurban yang melaksanak­an akikah dan korban sejak 2007 sudah melebarkan sayap ke 37 negara selain ibadah korban di Malaysia.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-885-885 atau layari https://www.ezqurban.org/

 ?? ?? PENGASAS EZ Qurban Azhar Ab Shukur (kiri, duduk) dan Ketua Pegawai Eksekutif AWARIS Prof Adj Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz (kanan, duduk) bersama barisan pengurusan tertinggi.
PENGASAS EZ Qurban Azhar Ab Shukur (kiri, duduk) dan Ketua Pegawai Eksekutif AWARIS Prof Adj Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz (kanan, duduk) bersama barisan pengurusan tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia