Harian Metro

Didik sebelum guna undang-undang

-

Langkawi: Penguatkua­saan undang-undang bagi kesalahan berkaitan kenderaan mikromobil­iti di seluruh negara masih dilaksanak­an secara advokasi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata, jangka masa tempoh mendidik itu akan dinilai dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, kita tidak ambil sebarang tindakan ‘punitif’, kita lebih kepada tindakan kesedaran iaitu advokasi.

“Lagipun, setakat ini, kemalangan membabitka­n kenderaan mikromobil­iti belum ada dan kita (cuma) mencegah sebelum ia berlaku,” katanya ketika ditemui selepas Program Penguatkua­san Advokasi Kepada Masyarakat di Pantai Chenang di sini, malam kelmarin.

Zailani berkata, sebarang tindakan yang diambil berkaitan kenderaan itu bertujuan mengelakka­n insiden seperti kemalangan maut membabitka­n basikal lajak di Johor.

 ?? ?? ZAILANI (dua dari kanan) menunjukka­n risalah berkaitan kenderaan mikromobil­iti kepada penyewa kenderaan itu di Pantai Chenang. - Gambar NSTP/HAMZAH OSMAN
ZAILANI (dua dari kanan) menunjukka­n risalah berkaitan kenderaan mikromobil­iti kepada penyewa kenderaan itu di Pantai Chenang. - Gambar NSTP/HAMZAH OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia