Harian Metro

Remaja lari tak tahan dirotan ibu bapa angkat

-

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan nekad melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya di Sri Hartamas, di sini, selepas mendakwa dipukul ibu dan bapa angkatnya menggunaka­n rotan, Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mangsa melarikan diri ke Balai Polis Sri Hartamas jam 1.15 tengah hari pada hari kejadian.

“Mangsa tidak tahan didera dan dipukul menggunaka­n rotan oleh ibu dan bapa angkatnya yang masing-masing berusia 55 dan 66 tahun,” katanya, semalam.

Azmi berkata, mangsa dilaporkan dalam keadaan baik dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Kami juga sudah memaklumka­n kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut dan menempatka­n remaja berkenaan di tempat selamat.

“Susulan laporan itu, kedua-dua suspek ditahan pada hari sama laporan dibuat mangsa,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis lalu selepas keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera dan menganiaya mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia