Harian Metro

‘Lagi sedih bila tahu ibu mengandung’

-

Chukai: “Saya sangat terkejut selepas doktor memaklumka­n ibu sebenarnya mengandung,” kata Mohd Amirullah Mohd Abdika, 16, anak sulung Rabiatulad­awiah Saufi, 36, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat persimpang­an Tanjung Jara, di sini, pada Sabtu lalu.

Mohd Amirullah berkata, doktor memaklumka­n ibunya mengandung tiga bulan selepas membuat bedah siasat ke atas mayat wanita itu.

“Sebelum ini, ibu ada memaklumka­n dia mengandung dan saya bersama dua adik sangka dia bergurau.

“Dia selalu bergurau begitu dengan kami... sebab itu saya tak ambil pusing, namun selepas dimaklumka­n doktor saya bertambah sedih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjal, Kemaman, kelmarin.

Katanya, beberapa hari sebelum itu, dia ada melihat alat ujian mengandung di dalam bilik ibunya, tetapi tidak mengesyaki sesuatu.

“Kalau diikutkan, ibu sepatutnya melahirkan adik pada hujung tahun ini, namun apa boleh buat kerana semua sudah ketentuan Ilahi,” katanya.

 ?? ?? AMIRULLAH bersama dua adiknya akan dijaga keluarga bapa dan ibunya.
AMIRULLAH bersama dua adiknya akan dijaga keluarga bapa dan ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia