Harian Metro

Siti Aminah tak ‘makan hati’

-

Kulai: Bukan saja berasakan dirinya dihargai, Siti Aminah Hashim, 69, bersyukur kerana dapat berkongsi perjalanan hidupnya dengan sahabat lama, Amir Hassan, 72.

Siti Aminah berkata, dia tidak pernah memendam perasaan marah terhadap sahabat lama kerana reda dengan segala ketentuan Allah dan yakin terdapat hikmahnya.

Menurutnya, dia memahami tugasan Amir dan tanggungja­wab dipikul lelaki itu ketika muda.

“Kami pertama kali bertemu di Tasek Utara di Johor dan ketika itu saya berjalan-jalan bersama rakan baik.

“Amir pernah kirim surat selain pertemuan kami di stesen kereta api di Johor Bahru sebelum Amir ke Sarawak.

“Saya masih ingat gayanya menaiki Vespa berwarna kuning bernombor pendaftara­n JL385 dan ketika saya menghubung­i beliau minggu lalu saya bertanya sama ada beliau pernah memiliki motosikal berkenaan sebelum memperkena­lkan dirinya sebagai insan dicari selama 50 tahun,” katanya.

Siti Aminah berkata, perjalanan hidupnya bukan mudah kerana dia pernah menjadi mangsa samun hingga hampir kehilangan nyawa 13 tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu dia mengusahak­an gerai makan di Senai dan dia ditikam 20 kali termasuk di bahagian kepala.

“Ketika itu saya mengambil masa beberapa bulan untuk bergerak kerana sudah tidak bermaya dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Sebelum Amir mendedahka­n usahanya mengesan saya, saya turut bermimpi seperti bertemu dengannya namun rupanya seperti di zaman muda.

“Tidak sangka Allah melanjutka­n usia saya dan dapat bertemu kembali Amir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia