Harian Metro

Sindiket beroperasi di Malaysia diserbu

-

‘ Mangsa yang terpedaya dengan iklan itu akan diarahkan membuat pembayaran melalui platform daripada pautan yang diberikan oleh sindiket” Mohd Shuhaily Mohd Zain

Bukit Mertajam: Sindiket yang disyaki menjalanka­n penipuan belian barang dalam talian berjaya ditumpaska­n polis hasil penahanan 23 orang warga Taiwan dalam satu serbuan di sebuah banglo mewah di Batu Feringghi dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, polis yang menghadapi kesukaran untuk masuk ke banglo itu terpaksa memecahkan pintu kediaman berkenaan sebelum ditemukan kesemua mereka yang bekerja dengan sindiket terbabit.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua suspek terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita berusia antara 19 dan 48 tahun.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati mereka itu tiba di negara ini selepas tertarik dengan tawaran kerja yang diiklankan sebuah akhbar Taiwan apabila menawarkan gaji lumayan sehingga RM7,000 sebulan.

Katanya, hasil siasatan dengan kesemua pekerja itu mendapati mereka memaklumka­n hanya memperoleh gaji sekitar RM5,000 sebulan.

“Kegiatan itu baharu sahaja beroperasi bulan lalu dan sindiket berkenaan dikatakan akan mengiklank­an pelbagai barangan berjenama terdiri daripada beg tangan, minyak wangi dan barangan mewah lain untuk dijual secara dalam talian kepada warga Taiwan.

“Mangsa yang terpedaya dengan iklan itu akan diarahkan membuat pembayaran melalui platform daripada pautan yang diberikan oleh sindiket,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini kesemua mangsa yang diperdaya sindiket terbabit terdiri daripada warga Taiwan dan tidak membabitka­n warga tempatan.

“Namun siasatan lanjut masih diteruskan sekiranya ada warga tempatan yang menjadi mangsa mereka.

“Tambahan pula, semasa serbuan banyak bahan bukti telah dipadamkan oleh sindiket yang mereka lakukan ketika polis sedang memecahkan pintu kediaman berkenaan,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, dalam serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri itu turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket berkenaan.

“Kesemua suspek yang masuk ke negara ini dengan memiliki dokumen sah itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia