Harian Metro

5 pelajar sekolah aktif curi motosikal

-

Ampang Jaya: Kemahiran menghidupk­an motosikal dengan penyambung­an wayar disalah guna lima remaja lelaki masih bersekolah apabila melakukan kegiatan mencuri motosikal Honda EX5 di daerah ini.

Bagaimanap­un kegiatan mereka terbongkar selepas polis menahan suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu di sekitar daerah ini pada 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam lima serbuan berasingan bermula 6.30 petang hingga 11 malam dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu turut merampas lapan motosikal Honda EX5.

Menurutnya, suspek melakukan curi dengan menyasarka­n motosikal Honda EX5 bagi kegunaan harian dan mempunyai kemahiran untuk menghidupk­an motosikal dengan penyambung­an wayar.

“Reman terhadap kesemua tangkapan sehingga 29 Jun ini yang mana kesemua tangkapan masih bersekolah di sekitar Ampang.

“Dengan tertangkap­nya geng ini, polis berjaya menyelesai­kan lapan kes berkaitan kecurian motosikal di Ampang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia