Harian Metro

Ada pasar raya hadkan pembelian

-

Kuantan: Beberapa pasar raya di daerah ini didapati mula mengehadka­n pembelian minyak masak peket satu kilogram di premis perniagaan mereka.

Tinjauan mendapati pengguna yang ingin mendapatka­n minyak masak peket hanya dibenarkan membeli sebanyak tiga peaket bagi setiap keluarga.

Difahamkan, tindakan itu bertujuan untuk memastikan bekalan minyak masak peket tidak terputus selepas kerajaan membuat keputusan menghapusk­an subsidi bagi minyak masak botol mulai 1 Julai ini.

Suri rumah, Karimah Mohd Ghazali, 54, berkata walaupun stok bekalan minyak peket masih banyak di pasaran, dia bimbang pemansuhan subsidi minyak masak botol akan memberi kesan kepada bekalan minyak masak peket.

Katanya, kerajaan melalui Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memantau dan memastikan bekalan minyak masak peket tidak terputus.

“Sebagai golongan B40, sudah pasti kami tidak mampu untuk membeli minyak masak botol yang dijangka naik bermula 1 Julai ini.

“Oleh itu, pemeriksaa­n lebih kerap perlu dilakukan bagi mengelak kehabisan bekalan minyak masak peket di pasar raya dan kedai runcit,” katanya.

Sementara itu, Jamaluddin Kassim, 65, berkata dia tidak mahu masalah terputus bekalan minyak masak peket berulang susulan pemansuhan subsidi minyak masak botol.

“Apabila harga minyak masak botol tidak lagi disubsidik­an, maka harganya akan naik dan mereka yang tidak mampu akan beralih kepada minyak masak peket,” katanya ketika ditemui.

 ?? ?? SETIAP keluarga hanya dibenarkan membeli tiga peket minyak masak di sebuah pasar raya di Kuantan.
SETIAP keluarga hanya dibenarkan membeli tiga peket minyak masak di sebuah pasar raya di Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia