Harian Metro

Minyak peket 1kg habis stok

- Oleh Ercy Gracella Ajos am@hmetro.com.my

Rata-rata pasar raya sekitar ibu negara mengalami kehabisan stok bekalan minyak masak peket satu kilogram (kg) di samping minyak masak botol lima kilogram turut mengalami kekurangan stok bekalan.

Tinjauan di beberapa pasar raya di sini semalam mendapati minyak botol 5 kilogram bersubsidi mengalami kekurangan stok dan minyak masak peket satu kilogram habis dijual.

Seorang pekerja di sebuah pasar raya yang enggan dikenali berkata, sejak akhir-akhir ini bekalan minyak memang kekurangan stok selain pembekal juga tidak menghantar bekalan.

“Setiap kali ada bekalan baru yang sampai, memang cepat habis stok, jadi yang tinggal sekarang hanya yang ada di rak,” katanya

Pengguna, Jasmine Chang, 50, berkata, sebagai pengguna dia mendapati minyak tidak kira sama ada minyak masak botol mahupun peket banyak yang habis stok.

Katanya, dia biasa membeli minyak masak botol jenama Buruh berisi padu 5 kilogram.

“Tapi, saya dapati hari ini minyak masak itu sudah kehabisan stok. Jadi, saya terpaksa pergi ke kedai runcit atau pasar raya berhampira­n yang lain.

“Jika kerajaan dapat kekalkan subsidi minyak, sudah tentu rakyat akan gembira dan tidak terbeban terutamany­a golongan peniaga.

“Jika kerajaan masih berhasrat untuk memansuhka­n juga subsidi minyak, maka lepas ini saya kena jarang keluar rumah dan masak sendiri,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang juga pekerja swasta, Mahawi, 60, berkata dia tidak begitu terkesan dengan pemansuhan subsidi minyak masak dalam botol kerana menggunaka­n jenama Matahari iaitu minyak masak yang tidak bersubsidi.

Namun, katanya, ramai peniaga yang pasti terkesan jika pemansuhan subsidi minyak botol dilaksanak­an di samping sekarang juga rata-rata pasar raya pun mengalami kekurangan minyak masak dan ia menjadi beban kepada peniaga.

“Baru-baru ini saya ingin membeli karipap di sebuah gerai yang saya biasa pergi. Saya terkejut sebab mereka kata tiada karipap yang dijual kerana tiada minyak masak,” katanya.

Tinjauan semalam juga mendapati rata-rata pasar raya mengehadka­n pembelian minyak masak botol kepada dua botol setiap keluarga.

Semua harga bagi minyak masak bersubsidi masih dalam kawalan walaupun banyak jenama semakin kekurangan stok.

Terdahulu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan mengumumka­n, subsidi minyak masak tulen botol akan dimansuhka­n mulai 1 Julai.

Katanya, ia bagi memastikan bekalan bahan makanan itu dalam pasaran lebih stabil dalam jangka panjang, selain bertujuan menstabilk­an harga.

 ?? ?? KEADAAN stok minyak masak yang semakin berkuranga­n di sebuah pasar raya di ibu negara, semalam.
KEADAAN stok minyak masak yang semakin berkuranga­n di sebuah pasar raya di ibu negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia