Harian Metro

Henti aktiviti ‘rope swing’

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Aktiviti sukan lasak hayunan tali tinggi atau ‘rope swing’ yang popular dilakukan di Jambatan Pertak di sini, akhirnya diambil tindakan Majlis Perbandara­n Hulu Selangor (MPHS).

Difahamkan MPHS menyita peralatan digunakan bagi aktiviti itu menerusi operasi bersepadu Jumaat lalu.

Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd berkata, operasi itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya

(JKR) Hulu Selangor dan polis susulan aduan aktiviti itu masih beroperasi walaupun tidak mendapat kebenaran daripada agensi berkaitan.

“Pemeriksaa­n di lokasi mendapati tiada aktiviti ‘rope swing’ dijalankan ketika operasi dilakukan.

“Bagaimanap­un terdapat satu kabin serta beberapa peralatan sukan ‘rope swing’ berada di atas jambatan Pertak yang menutupi sebahagian daripada laluan jalan raya,” katanya semalam.

Mohd Hasry berkata, semasa operasi dijalankan, pengurus syarikat terbabit hadir dan dimaklumka­n akan kesalahan dilakukan.

“Pihak syarikat akur dan akan menghentik­an operasi sehingga berjaya memenuhi segala syarat ditetapkan.

“Sehingga kini, tiada kelulusan dikeluarka­n JKR Hulu Selangor bagi penggunaan

‘ Sehingga kini, tiada kelulusan dikeluarka­n JKR Hulu Selangor bagi penggunaan jambatan berkaitan untuk menjalanka­n aktiviti rope swing” Mohd Hasry Nor Mohd

jambatan berkaitan untuk menjalanka­n aktiviti ‘rope swing’. Selain itu, MPHS juga tidak pernah mengeluark­an sebarang kebenaran atau kelulusan lesen untuk melakukan aktiviti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, MPHS menyaranka­n pihak operator mendapatka­n kebenaran melakukan aktiviti daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

“Beberapa syarat lain perlu diikuti bagi membolehka­n aktiviti sukan tersebut dijalankan. “Justeru, MPHS menyita 73 kon dan 34 halangan plastik serta kompaun mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta 133 kerana meletakkan apa-apa barang yang boleh menyebabka­n halangan di tempat awam,” katanya.

 ?? ?? ANGGOTA MPHS menyita kon dan halangan plastik yang menjadi halangan di tempat awam di Kuala Kubu Bharu. - Gambar ihsan MPHS
ANGGOTA MPHS menyita kon dan halangan plastik yang menjadi halangan di tempat awam di Kuala Kubu Bharu. - Gambar ihsan MPHS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia