Harian Metro

Wanita parah ditimpa buah kelapa

-

Bayan Lepas: “Saya sedang melayan pelanggan sebelum terdengar jeritan kuat sebelum melihat mangsa dan topi keledar yang dipakainya jatuh tergolek di atas jalan raya,” kata peniaga durian, Md Ghazali Shahari, 62.

Dia antara orang pertama membantu seorang wanita yang cedera selepas ditimpa buah kelapa di Jalan Teluk Kumbar di sini, petang kelmarin.

Menurut Md Ghazali, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu dan jalan terbabit agak sibuk ketika itu dan dibantu beberapa orang lagi mereka segera menahan kenderaan yang lalu-lalang.

“Selepas itu saya terus menghubung­i ambulans dan meminta mangsa tidak dialihkan sebelum petugas kesihatan tiba kerana kita tidak bahagian badan mana yang mengalami kecederaan,” katanya.

Pesara kerajaan itu berkata, kejadian buah kelapa luruh di atas jalan sudah banyak kali berlaku namun ini kali pertama ia membabitka­n kemalangan sehingga mengancam nyawa.

“Selalunya ia jatuh di tempat yang tiada orang dan pernah juga menimpa kenderaan dan bumbung gerai saya. Tetapi tiada kerosakan yang teruk dan sudah ada sebatang pokok kelapa berdekatan gerai ditebang sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, anak kepada mangsa dikenali sebagai Yaya Ghani menerusi hantaran di Facebook menyatakan keadaan ibunya agak parah selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adiknya.

“Ya, (wanita) yang berlari ke arah mangsa ialah adik perempuan saya. Alhamdulil­lah...mama sudah sedar dan masih berada di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Keadaan mama agak parah dan mengalami kecederaan patah tulang bahu kanan, patah tangan kiri selain mengalami kecederaan pada tulang rusuk.

“Keadaan adik perempuan baik sahaja cuma masih trauma. Saya mohon semua agar semua doakan kesembuhan mama saya,” tulisnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz berkata, beliau menghubung­i anak kepada mangsa yang berusia 50-an itu yang memaklumka­n ibunya mengalami beberapa kecederaan dalam insiden terbabit.

“Mangsa dikenali sebagai Puan Anita dirawat di HPP dan saya ada menghubung­i anaknya dan bertanya khabar mengenai perkembang­an diri mangsa. Perkara ini memang tidak diduga dan kita amat bersimpati.

“Jadi, untuk mengelakka­n kejadian sebegini berulang, kita akan jalankan kerja menebang 11 pokok kelapa bermula jam 2 petang ini (semalam) di samping meneliti pokok berisiko lain di sepanjang jalan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Azrul yang meninjau lokasi kejadian bersama pegawai landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, operasi penebangan pokok akan dilakukan menggunaka­n jentera angkat.

 ?? ?? KOMBINASI gambar mangsa ditimpa kelapa di Jalan Teluk Kumbar, kelmarin.
KOMBINASI gambar mangsa ditimpa kelapa di Jalan Teluk Kumbar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia