Harian Metro

‘Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja’

-

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin mahu semua pihak tidak hanya mendengar cerita sebelah pihak berhubung tindakan undang-undang yang dihadapiny­a dengan bekas isteri mengenai hak lawatan anak mereka.

SM Faisal berkata, dia dinafikan masa untuk bersama anaknya sejak bercerai dengan Emilia Hanafi enam tahun lalu walaupun perintah mahkamah memberinya hak melawat.

“Saya tidak dapat luangkan masa bersama anak sejak enam tahun lalu, sekalipun pada Hari Raya dan hari lahir.

“Tahu tak betapa traumanya (saya),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Peguam mewakili SM Faisal Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pasangan itu sudah bersetuju anak mereka akan dihantar ke kediaman mereka sebelum ini di Serene Kiara, Kuala Lumpur, bukan ke tempat lain seperti didakwa peguam Siti Kasim.

Katanya, Faisal tidak mendesak dan menunggu untuk bertemu anaknya di rumah bapa Emilia di Kajang, tetapi bekas isterinya itu enggan membenarka­n anak mereka bertemunya.

“Faisal juga membuat laporan polis setiap kali gagal bertemu anaknya seperti dibenarkan oleh mahkamah.

“Kami gesa pengkritik, termasuk Siti Kasim, supaya mengkaji fakta kes ini sebelum membuat dakwaan palsu dan mengeliruk­an orang ramai. Malang juga ada media yang gagal melaporkan isu ini secara adil dan objektif,” katanya.

Terdahulu, bekas isteri ahli perniagaan itu, Emilia Hanafi akan menjalani hukuman penjara di Penjara Wanita Kajang bermula semalam atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Emilia yang memakai jubah putih hadir ke mahkamah ditemani keluarga, sahabat dan penyokong.

Peguam syarie yang mewakili Emilia, Nazri Yahya berkata, anak guamnya akan menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang bermula semalam.

“Saya sudah memenuhi tanggungja­wab sebagai suami sejak 30 tahun Khir

 ?? ?? MOHAMAD Khir ketika hadir ke mahkamah, semalam.
MOHAMAD Khir ketika hadir ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia