Harian Metro

‘Tak ada sebab minta cerai’

Khir, isteri diarah lantik hakam Islah sebelum serah laporan kepada mahkamah

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri, Zaharah Kechik diarahkan supaya melantik hakam Islah oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, bagi kes penceraian mereka.

Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar membuat keputusan itu selepas Jawatankua­sa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahk­an perkahwina­n kedua-dua pihak terbabit.

“Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah, manakala defendan (Mohamad Khir) mahu membincang­kan hal (perceraian itu).

“Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik hakam Islah dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan,” katanya.

Sebelum itu, Mohamad Khir dan Zaharah, masing-masing berusia 57 tahun hadir di mahkamah di sini, bersama peguam pada jam 9 pagi semalam.

Sementara itu, peguam Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain mewakili Zaharah berkata, anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47

Enakmen 2 Undang-UnIslam dang Keluarga Selangor 2003 pada 24 Februari lalu.

“Selepas mendengar laporan JKP, mahkamah hari ini (semalam) mendapati berperbala­han laku shiqaq atau berpanjang­an dalam rumah tangga kedua-dua pihak.

“Oleh itu, anak guam saya dan defendan perlu melaniaitu tik hakam Islah wakil lelaki untuk berbincang sebelum menyerahka­n laporan kepada mahkamah,” katanya.

Manakala, peguam

Siti Elly Jasmin Aminuddin mewakili Mohamad Khir pula berkata, pihaknya akan menamakan hakam pada tarikh yang ditetapkan itu.

“Satu perbincang­an akan turut dilakukan antara hakam-hakam

Islah pada hari berkenaan.

“Sepanjang prosiding kes ini, kita akan melihat isu shiqaq itu sebenarnya berpunca daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, MohamadKhi­rmenegaska­n beliau sehingga kini tidak mempunyai sebab untuk menceraika­n Zaharah.

“Saya sudah memenuhi tanggungja­wab sebagai suami sejak 30 tahun lalu. Beliau minta cerai dan tak ada sebab untuk bercerai. Oleh itu, saya menyerahka­n perkara itu kepada mahkamah untuk ditentukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia