Harian Metro

Tulisan di FB bukan bersifat fitnah

-

Kota Bharu: Pengerusi Save Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa hantaran beliau di laman sosial Facebook (FB) berhubung isu pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang bukan memfitnah syarikat Al Dar Resources Sdn Bhd.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri

(Adun) Salor itu berkata, beliau akan bertanggun­gjawab terhadap dakwaan dan pertanyaan berkaitan kes kecurian balak di kawasan berkenaan termasuk dua laporan yang dirujuk oleh syarikat itu.

“Insya-Allah saya tidak akan berganjak dalam usaha menjaga kepentinga­n rakyat Kelantan dan akan memastikan semua pihak yang terbabit dibawa ke muka pengadilan.

“Saya tegaskan sepanjang tulisan saya yang dirujuk di dalam saman berkenaan sama sekali tidak bersifat fitnah ke atas plaintif,” menurut Husam dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Husam berkata, beliau menerima writ saman dari Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar yang mewakili pemilik syarikat itu Mohd Haffiz Mohd Rasdin, kelmarin melalui serahan tangan kepada pembantu rumahnya.

Menurutnya, berikutan itu beliau sudah mengarahka­n peguamnya memfailkan permohonan untuk mengenepik­an saman itu kerana menyalahgu­nakan proses mahkamah dan cubaan untuk menghalang terdedahny­a kegiatan yang menyalahi undang-undang berhubung kes kecurian balak di kompartmen 25 HSK Nenggiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia