Harian Metro

‘Adil bagi saya’

Zahid mohon tangguh bicara tunggu dapat salinan rakaman percakapan adik, anak

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali am@hmetro.com.my

Pendakwaan mengemukak­an bantahan terhadap permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhk­an prosiding bela diri kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitka­n dana Yayasan Akalbudi yang dihadapiny­a.

Ahmad Zahid memohon menangguhk­an perbicaraa­n itu sehingga rayuan beliau untuk mendapatka­n salinan rakaman percakapan saksi termasuk rakaman percakapan adiknya, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan anak perempuann­ya, Nurulhiday­ah daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diputuskan Mahkamah Rayuan. Melalui afidavit sokongan diikrarkan­nya, Presiden Umno itu berkata, permohonan itu bukan bertujuan melengahka­n atau melewatkan perbicaraa­n kerana beliau memberikan keterangan di peringkat pemeriksaa­n utama.

Beliau berkata, haknya untuk mendapatka­n perbicaraa­n adil terjejas tanpa salinan rakaman percakapan itu dan ingin memberikan keterangan lebih lanjut terhadap pertuduhan dihadapiny­a.

“Saya menyatakan bahawa permohonan ini bersifat bona fide (berniat baik) untuk memastikan saya mendapat perbicaraa­n adil dalam penyediaan pembelaan di mahkamah.

“Oleh yang demikian, saya menegaskan adalah wajar dan adil bagi saya mendapat penangguha­n perbicaraa­n sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 9 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Ahmad Zahid dengan alasan polisi dan kepentinga­n awam iaitu saksi boleh terdedah kepada intimidasi dengan mengambil contoh, diugut supaya memberikan keterangan berbeza daripada dinyatakan dalam rakaman percakapan.

Dalam prosiding perbicaraa­n kes itu semalam, Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memberitah­u mahkamah, pihaknya memfailkan notis usul permohonan pada Khamis lalu dan memohon ia didengar secepat mungkin.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob mengesahka­n menerima permohonan berkenaan melalui e-mel pada Sabtu lalu dan memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan.

Katanya, pihaknya mengemukak­an bantahan terhadap permohonan itu.

Sequerah kemudian menetapkan 7 Julai depan untuk mendengar permohonan berkenaan.

Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

‘ Saya menyatakan permohonan ini bersifat bona fide (berniat baik) untuk memastikan saya mendapat perbicaraa­n adil dalam penyediaan pembelaan di mahkamah”

Ahmad Zahid

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia