Harian Metro

Hakim kecewa kenyataan subjudis Guan Eng

-

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menzahirka­n kekecewaan dan menegur tindakan Lim Guan Eng mengeluark­an kenyataan bersifat subjudis berhubung kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang sedang dibicaraka­n.

Hakim Azura Alwi berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat kerana semua pihak termasuk pasukan pembelaan tertuduh mempunyai pengetahua­n penuh, matang dan bukan kali pertama menghadapi prosiding mahkamah.

Katanya, pihak berkaitan juga diingatkan tidak mengambil mudah perkara berbangkit bagi memastikan ia tidak berulang.

“Perkara seperti ini (keluarkan kenyataan subjudis) pernah timbul sebelum ini, namun tiada sebarang perintah dikeluarka­n. Ia masih berlaku, saya boleh tegur tapi tiada jaminan (ia tidak berulang).

“Saya amat kecewa kerana kes ini sedang berjalan. Perbicaraa­n mendapat liputan meluas media kerana ia membabitka­n kepentinga­n awam. Saya harap pihak berkaitan dan tertuduh menghormat­i mahkamah berkenaan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin memohon mahkamah dirujuk dengan satu laporan polis membabitka­n artikel dikeluarka­n Guan Eng yang menyatakan tidak bersalah atas tuduhan

“Kita memohon mahkamah memberi teguran supaya ia tidak berlaku lagi (keluarkan kenyataan subjudis), itu sahaja,” katanya.

Susulan itu, peguam Guan Eng Gobind Singh Deo berkata, pihaknya memahami dan menerima permohonan dibuat pihak pendakwaan bahawa kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarka­n.

“Kami memohon maaf jika ia menimbulka­n sebarang kesulitan,” katanya.

Jumaat lalu, Guan Eng menyifatka­n keterangan saksi mahkamah yang mendakwa beliau menerima rasuah tidak benar dan satu rekaan semata-mata.

Pada hari sama, Pengarah Consortium Zenith Constructi­on jejak wang (rasuah).

Sdn Bhd (ZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, mengaku di Mahkamah Sesyen, beliau menggunaka­n orang tengah untuk menyerahka­n RM2 juta yang diberi nama ‘coklat’ kepada Guan Eng, kerana bimbang memegang banyak wang tunai.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabka­n dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut, di negeri itu.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan, iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunaka­n kedudukann­ya untuk menerima suapan bagi dirinya dengan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia