Harian Metro

8 PPR ‘port’ penagih

Polis gempur Projek Perumahan Rakyat menerusi Ops Tapis Khas

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Polis menggempur lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menjadi sarang penagihan dan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang lakukan pada 21 hingga 23 Jun lalu.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu berjaya menahan 229 individu atas pelbagai kesalahan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, operasi menyasarka­n kawasan Perumahan Awam dan juga kawasan PPR di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, pihaknya menyerbu PPR Desa Tun Razak, PPR Pantai Dalam, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus, PPR Intan Baiduri, Flat Seri Terengganu, sekitar kawasan Chow Kit dan Putrajaya.

“Daripada jumlah individu yang ditahan, seramai 11 orang diambil tindakan mengikut undang-undang pencegahan dadah (Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

“Manakala 21 individu di ambil tindakan mengambil dadah berulang (Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952) dan 10 individu kerana dikehendak­i mengikut pelbagai kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azmi berkata, lanjutan daripada Ops Tapis Khas, JSJN turut melancarka­n Op Igor dan berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah yang didalangi lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Polis menahan tiga individu berusia 24 hingga 31 tahun dan merampas dadah jenis ganja seberat 17.3 kg yang dianggarka­n bernilai RM 43,200.

“Nilai keseluruha­n sitaan dan rampasan termasuk kenderaan serta barang kemas bernilai RM162,750,” katanya.

Katanya, semua suspek direman antara satu hingga lima hari bermula kelmarin sehingga 28 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

 ?? ?? DADAH dan barangan yang dirampas polis dalam ops terbabit.
DADAH dan barangan yang dirampas polis dalam ops terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia