Harian Metro

Polis belum terima arahan TPR

-

Kuala Lumpur: Polis masih belum menerima arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung pertuduhan akan dikenakan di mahkamah ke atas pelakon, Sharnaaz Ahmad yang didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominiu­m di Segambut, di sini, 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat apa-apa arahan daripada TPR berhubung bila suspek akan dituduh di mahkamah.

“Kita masih menunggu arahan selanjutny­a daripada TPR berhubung kes ini sama ada akan dituduh di mahkamah atau bagaimana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan polis sudah merakam keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes pukul dan ugut bunuh membabitka­n pelakon terbabit. Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang penghuni di kondominiu­m di Segambut.

 ?? ?? BEH
BEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia