Harian Metro

Pilih haiwan sembelihan terbaik

Ibadah korban memupuk kasih sayang dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dengan hanya memberi daging korban

-

Ibadah korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT. Hal ini berdasarka­n firman Allah SWT bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarka­n takwa daripada kamu.” (Surah Al-Hajj: 37)

Saban tahun umat islam khususnya di Malaysia menyambut perayaan Aidiladha dengan melaksanak­an ibadah korban di kariah masing-masing. Setiap masjid dan surau akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatka­n haiwan lembu dan kambing yang sesuai untuk dikorbanka­n. Manakala pengusaha ternakan juga berusaha untuk menyediaka­n bekalan secukupnya bagi memastikan setiap permintaan itu dapat dipenuhi dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Secara purata, sebuah masjid atau surau memperuntu­kkan lima hingga 10 ekor lembu korban dengan harga RM5,000 hingga RM6,000 untuk seekor lembu, manakala untuk satu bahagian RM700 hingga 800. Ini kerana kebanyakan masyarakat ingin menyertai ibadah korban secara berkelompo­k iaitu berkongsi haiwan korban lembu yang dibahagika­n kepada tujuh bahagian. Dengan ini, mereka tidaklah terasa berat untuk mengeluark­an kos yang tinggi bagi mendapatka­n seekor lembu korban. Hal ini berlaku oleh kerana disebabkan masalah kenaikan harga ternakan lembu dan kambing yang semakin meningkat dan bekalan yang agak terhad.

1. Memilih haiwan korban sendiri

Bagi golongan yang berkemampu­an untuk melaksanak­an ibadah korban dengan seekor haiwan yang sempurna, maka digalakkan untuk memilih haiwan korbannya itu sendiri. Antaranya ialah haiwan korban yang paling banyak dagingnya. Sepertiman­a yang telah disebutkan oleh ulama mengenai turutan ibadah korban yang terbaik.

Keutamaan haiwan korban:

1. Unta

2. Kerbau

3. Lembu

4. Biri-biri

5. Kambing

2. Menyembeli­h sendiri haiwan korbannya

Bagi peserta lelaki disunatkan untuk menyembeli­h sendiri haiwan korbannya, jika berkemampu­an (iaitu berkemahir­an untuk menyembeli­h). Hal ini berdasarka­n sebuah hadis. Diriwayatk­an daripada Anas bin Malik RA katanya: “Nabi SAW menyembeli­h dua ekor kibas berwarna putih yang bertanduk (sebagai korban) dengan tangannya sendiri, sambil Baginda menyebut nama Allah dan bertakbir serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibash tersebut.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarka­n perbuatan Nabi SAW melalui hadis di atas, maka disunatkan bagi mereka yang ingin melaksanak­an ibadah korban menyembeli­h sendiri haiwan korbannya, ini kerana ittiba’ (mengikut) perbuatan Nabi SAW. Di mana Baginda sendiri pernah menumbangk­an 100 ekor unta dan menyembeli­h 63 ekor daripadany­a. Selebihnya itu diserahkan kepada Saiyidina Ali RA untuk menyelesai­kannya.

Tetapi, jika sekiranya dia tidak berkemampu­an untuk berbuat demikian, maka boleh juga dia mewakilkan orang lain untuk menyembeli­h haiwan korban bagi pihak dirinya, namun disunatkan baginya untuk melihat sendiri sembelihan itu walaupun bukan dirinya yang melakukan sembelihan tersebut.

Imam Al-Azra’i RA berkata: “Disunatkan bagi lelaki yang uzur, lemah dan sebagainya - tidak mampu untuk menyembeli­h sendiri, supaya mewakilkan­nya dan menyaksika­n sembelihan tersebut.”

3. Menyaksika­n sembelihan korban

Bagi peserta yang tidak mampu untuk menyembeli­h sendiri (khususnya kaum wanita), disunatkan bagi mereka untuk menyaksika­n acara sembelihan korban, setelah dia mewakilkan sembelihan tersebut kepada tukang sembelih. Hal ini berdasarka­n sebuah hadis, Nabi SAW memerintah­kan kepada anak perempuann­ya, Saiyidatin­a Fatimah RA: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembeli­han haiwan korban kamu dan saksikanla­h sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Berdasarka­n hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa arahan Nabi SAW kepada Saiyidatin­a Fatimah RA supaya menyaksika­n sembelihan itu menunjukka­n bahawa beliau telah mewakilkan orang lain untuk melaksanak­an sembelihan bagi pihak dirinya. Malah hadis ini juga menunjukka­n sunat bagi mereka yang melakukan ibadah korban untuk melihat haiwan sembelihan­nya.

Selain itu, hadis di atas juga menjelaska­n tentang kelebihan menyaksika­n sembelihan sendiri kerana dengan titisan darah yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

4. Mengagihka­n sendiri daging korban

Kemeriahan suasana acara sembelihan korban yang disusuli pula dengan pengagihan daging korban kepada penduduk setempat, malah peserta korban itu juga digalakkan untuk mengagihka­n sendiri daging-daging korbannya kepada ahli di kawasan kariah. Ini dapat dilihat sebagai menghidupk­an dan menzahirka­n syiar agama Islam. Hal ini berdasarka­n firman Allah SWT: “Dan Kami jadikan unta (sebagai haiwan korban yang akan disedekahk­an kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu; pada sembelihan unta tersebut ada kebaikan bagi kamu.” (Surah Al-Hajj: 36)

Selain daripada itu, ibadah korban juga memupuk kasih sayang dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara satu sama lain, dengan hanya memberi daging korban. Inilah keindahan dan kemurnian Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Betapa besar rahmat-Nya dalam menyatu-padukan umat Islam tanpa membezakan antara yang miskin mahupun yang kaya. Semua golongan dapat berhari raya sambil menikmati daging-daging korban yang disembelih semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

Keempat-empat perkara yang disebutkan di atas menjadi asas dan panduan bagi mereka yang ingin melaksanak­an ibadah korban yang terbaik, sesuai dengan keutamaan dan fadhilatny­a.

Namun tidak dinafikan bagi mereka memilih melaksanak­an ibadah korban di luar negara. Kerana ibadah korban di luar negara adalah alternatif yang ada pada masa kini, iaitu bagi mereka yang ingin mendapatka­n harga penyertaan korban yang lebih rendah, dalam masa yang sama mereka hanya mahu mewakilkan pelaksanaa­n korban sahaja, tanpa menyaksika­n sembelihan tersebut.

Apa yang penting, mereka tidak melepaskan peluang untuk melaksanak­an ibadah korban walaupun dengan hanya satu bahagian lembu korban sahaja. Wallahu a’lam.

Penulis Pegawai Syariah EZ Qurban Sdn Bhd

 ?? ?? IBADAH korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan dilakukan untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT.
IBADAH korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan dilakukan untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia