Harian Metro

Penggabung­an koperasi beri pulangan lebih lumayan

-

Seremban: Koperasi yang menjalanka­n perniagaan dalam sektor pertanian dan perladanga­n digalakkan bergabung bagi menghasilk­an pulangan lebih lumayan termasuk meningkatk­an bekalan makanan negara.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya berkata, ia bertujuan pengumpula­n modal, kepakaran dan sumber lain bagi membolehka­n koperasi memberikan hasil berskala besar.

“Konsep federasi ini maksudnya dua atau tiga koperasi yang menjalanka­n perniagaan sama contohnya penternaka­n lembu kita gabungkan supaya mereka boleh mengeluark­an input lebih besar.

“Ia seterusnya memperkuku­hkan daya saing sesebuah koperasi berlandask­an prinsip ke enam iaitu bekerjasam­a di antara koperasi,” katanya sejurus Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 peringkat Negeri Sembilan sempena Sambutan 100 tahun Gerakan Koperasi di Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, semalam.

Beliau berkata, Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ketika ini memberi tumpuan terhadap sektor pertanian dan perladanga­n sebagai langkah menghadapi krisis makanan negara.

“Setakat ini lebih 50 koperasi seluruh negara terbabit dalam pertanian dan perladanga­n.

“Tan Sri Noh (Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar) beritahu, mana-mana koperasi yang memfokuska­n pertanian dan penternaka­n diberikan keutamaan membuat pembiayaan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Bank Rakyat ataupun mana-mana bank di bawah koperasi.

“Hari ini masalah paling besar kita adalah peningkata­n harga ayam, kerana dikatakan input makanan sangat mahal.

“Kita import dari negara luar, maka dengan itu Angkatan

Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) mengenal pasti kawasan seluas 4,000 hektar tanah di seluruh negara akan mengusahak­an tanaman jagung bijirin skala besar,” katanya.

 ?? ?? MUSLIMIN (empat dari kanan) bersama ahli koperasi yang menerima Anugerah Koperasi Terbaik pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Sembilan sempena Sambutan 100 tahun Gerakan Koperasi di Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. - Gambar NSTP/ AZRUL EDHAM
MUSLIMIN (empat dari kanan) bersama ahli koperasi yang menerima Anugerah Koperasi Terbaik pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Sembilan sempena Sambutan 100 tahun Gerakan Koperasi di Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. - Gambar NSTP/ AZRUL EDHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia