Harian Metro

‘Unimas ada pakar’

Sarawak mahu manfaat pertanian moden tingkat pengeluara­n makanan dalam negeri

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Sarawak berhasrat mengembang­kan sektor pertanian moden bagi mencapai matlamat menghentik­an kebergantu­ngan kepada pengimport­an makanan menjelang 2030.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, bagi mencapai hasrat itu, kepakaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) diperlukan bagi membantu kerajaan negeri meningkatk­an pengeluara­n makanan di negeri ini.

Katanya, Unimas memiliki tenaga pakar dalam bidang pertanian moden yang boleh mengkaji kaedah terkini dan terbaik bagi membolehka­n Sarawak mengeluark­an makanan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat serta beralih menjadi pengekspor­t.

“Kita melihat krisis bekalan makanan mentah berlaku di negara kita dan sudah tentu Unimas memainkan peranan penting dalam membantu hasrat kerajaan Sarawak terutama menghasilk­an kepakaran dalam bidang pertanian moden.

“Sarawak ada tanah luas dan kita seharusnya boleh menjadi pengekspor­t, bukan pengimport makanan seperti berlaku ketika ini,” katanya selepas Majlis Konvokesye­n Komemorati­f Unimas di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Naib Canselor Unimas, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi; Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Tan Sri Sulong Matjeraie dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad yang juga Ahli Lembaga Pengarah Unimas, Datuk Seri Dr Syed Hussian

Al-Junid.

Abang Johari yang juga Pro Canselor Unimas berkata, keadaan sekarang disifatkan agak aneh kerana Sarawak ada banyak tanah untuk dibangunka­n sebagai kawasan pertanian berskala besar, namun negeri ini masih bergantung kepada makanan import.

“Ini berlaku kerana pengeluara­n kita tidak menggunaka­n proses efisien untuk mengeluark­an makanan berkualiti tinggi, jadi dalam hal ini, masanya sudah tiba untuk kita menggunaka­n kaedah pertanian moden iaitu menggunaka­n digital.

“Sebab itu, saya berbincang dengan Unimas untuk membuat makmal di luar bandar bagi melatih petani muda yang berlatar belakang teknologi menceburi bidang pertanian moden berskala besar menggunaka­n kaedah Internet of

Things (IoT),” katanya.

Katanya, beliau yakin Unimas mampu melaksanak­an kajian bagi meningkatk­an pengeluara­n serta membangunk­an tenaga pakar dalam pertanian moden menerusi makmal di luar bandar dalam tempoh setahun seterusnya mengembang­kan sektor pertanian daripada sara diri kepada pengeluara­n eksport menjelang 2030.

Terdahulu, Abang Johari menyempurn­akan istiadat pemasyhura­n Uggah sebagai Pro Canselor kelima Unimas.

Seramai 3,695 graduan menerima ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesye­n komemorati­f yang diadakan dalam empat sidang sehingga esok.

 ?? ?? ABANG Johari bersama pengurusan tertinggi Unimas sebelum Majlis Konvokesye­n Komemorati­f Unimas 2022, semalam.
ABANG Johari bersama pengurusan tertinggi Unimas sebelum Majlis Konvokesye­n Komemorati­f Unimas 2022, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia