Harian Metro

Kasut sekolah RM15,000

Karya seramik dihasilkan dalam tempoh tujuh bulan dibeli penganjur pameran

-

Balik Pulau yang terletak di daerah Barat Daya, Pulau Pinang bukan sahaja terkenal sebagai destinasi untuk menikmati raja buah, kini suasana kawasan kampung di sini turut menawarkan satu lagi tarikan, studio pameran barangan seramik hasil karya Dr Shamsu Mohamad.

Minat dan kesungguha­n mendorong bekas pensyarah Pusat Pengajian Seni di Universiti Sains Malaysia (USM) membuka galeri pameran yang dinamakan Sila Studio untuk menterjema­hkan hasil karyanya.

Shamsu, 60, berkata, Sila Studio yang dibuka sejak September 2014 diambil daripada perkataan ‘sila’ yang membawa maksud selamat datang selain lebih mesra didengar dan diingati.

“Sila Studio membawa satu transforma­si terhadap kegunaan tanah liat yang mampu menghasilk­an objek kontempora­ri yang jarang dilihat dan selain mempamerka­nnya, saya juga menerima pelajar yang berminat belajar teknik menghasilk­an objek dengan seramik,” katanya.

Antara barangan dipamer di Sila Studio bekas menyimpan barang, kasut, magnet peti ais, pin tudung, hiasan rumah, pinggan mangkuk, cangkerang, sayur, perkakas dapur dan sebagainya.

Dr Shamsu yang sudah lebih 32 tahun dalam industri ini dan memenangi pelbagai anugerah antarabang­sa berkata, antara hasil banyak menerima perhatian objek kontempora­ri yang jarang dilihat antaranya kasut sekolah berwarna putih yang diperbuat daripada seramik.

Beliau berkata, kasut dihasilkan untuk menyertai pameran bertema Earthworks atau metafora yang digunakan bagi menggambar­kan kehidupan manusia di Galeri Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2014.

“Saya ambil masa enam bulan buat kajian...kasut sekolah berwarna putih ini berjaya dihasilkan dalam tempoh tujuh bulan menggunaka­n porselin dan karya itu dibeli penganjur pameran dengan nilai RM15,000,” katanya.

Dr Shamsu berkata, hasil karyanya itu diberi tajuk Perjalanan atau The Journey sebagai metafora alam persekolah­an kerana di situ manusia melalui proses pembelajar­an seawal usia mereka.

“Kasut sekolah dipakai saban hari memandu pelajar ke sekolah untuk menggali ilmu pengetahua­n buat bekalan kehidupan. Pelbagai peristiwa pahit dan manis yang ditempuhi pelajar di alam persekolah­an,” katanya.

Dr Shamsu berkata, seni seramik tradisiona­l lebih kepada kegunaan praktikal, manakala seni seramik moden pula lebih kepada bentuk luaran yang teguh dan tersendiri.

“Ia memiliki kebebasan tidak terkongkon­g, di samping memberi penekanan kepada usaha artis bereksperi­men menggunaka­n tanah liat dan sepuhan.

“Seni dan budaya adalah industri yang mempunyai masa depan dan berpotensi menjana pendapatan negara yang lebih tinggi sekiranya diusahakan tanpa jemu,” katanya.

Sila Studio yang terletak di Pusat Inkubator Kraftangan Balik Pulau dibuka secara percuma kepada orang ramai jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad yang memerlukan janji temu terlebih dahulu. - Bernama

‘ Kasut sekolah berwarna putih ini berjaya dihasilkan dalam tempoh tujuh bulan menggunaka­n porselin”

Dr Shamsu

 ?? ?? DR Shamsu menghasilk­an seni karyanya menggunaka­n tanah liat secara tradisiona­l di Sila Studio.
DR Shamsu menghasilk­an seni karyanya menggunaka­n tanah liat secara tradisiona­l di Sila Studio.
 ?? ?? KASUT sekolah putih antara karya yang dihasilkan dan pernah sertai pameran di galeri Petronas pada 2014.
KASUT sekolah putih antara karya yang dihasilkan dan pernah sertai pameran di galeri Petronas pada 2014.
 ?? ?? SILA Studio yang terletak Pusat Inkubator Kraftangan Balik Pulau dibuka secara percuma kepada orang ramai.
SILA Studio yang terletak Pusat Inkubator Kraftangan Balik Pulau dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia