Harian Metro

Dataran Denai Sungai Serting tarikan terbaharu Jempol

-

‘ Kita akan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menjayakan setiap program yang dianjurkan”

Jempol: Tarikan pelanconga­n terbaharu Dataran Denai Sungai Serting di Kampung Datok Johan di sini, dibangunka­n sebagai kawasan rekreasi dan riadah berkonsepk­an alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Datuk Shamsulkah­ar Mohd Deli berkata, laluan denai empat kilometer di sepanjang sungai dijadikan sebagai lokasi riadah selain tempat perkhemaha­n.

Katanya, pelbagai kemudahan infrastruk­tur dibina di Dataran Denai berkenaan, sekali gus membolehka­n lebih ramai pengunjung datang bersama ahli keluarga.

“Kita bekerjasam­a dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Perhutanan, Jabatan

Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menjayakan setiap program dianjurkan.

“Kerjasama ini antara usaha memastikan masyarakat sama-sama menjaga alam sekitar sambil melakukan aktiviti riadah,” katanya pada program Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Denai di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah JAS Negeri Sembilan Azuri Azizah Saedon dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JPKKP) Kampung Datok Johan, Mohd Fauzi Zakaria.

Shamshulka­har berkata, pihaknya berharap denai Sungai Serting yang diwujudkan ini menjadi sebahagian daripada Program Denai Sungai Kebangsaan yang dilaksanak­an Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA).

Shamsulkah­ar

 ?? ?? SHAMSULKAH­AR (dua dari kanan) menanam pokok sebagai simbolik perasmian majlis, semalam.
SHAMSULKAH­AR (dua dari kanan) menanam pokok sebagai simbolik perasmian majlis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia