Harian Metro

‘Hantaran itu umum’

Idris Khan nafi status di IG dituju kepada individu tertentu

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

“Mak ayah aku ajar untuk hormat orang tak kira pangkat atau darjat Idris

“Hantaran tu umum saja.” Demikian ringkas kata pelakon Idris Khan ketika ditanya adakah hantaran dimuat naik di Instagram Story ditujukan kepada individu tertentu dan isu yang terpalit dengannya ketika ini.

Ia susulan Idris, 34, atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan berdepan tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap dirinya oleh penerbit terkenal Datuk A Aida selepas didakwa melanggar kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Perkara itu dimaklumka­n A Aida juga penerbit syarikat A Aida Production dan peguam mewakiliny­a dari tetuan Zulpadli & Edham, Ashmadi Othman menerusi sidang media pada 24 Jun lalu.

Idris menerusi hantaran itu berkata, kedua-dua ibu bapanya sentiasa menitikber­atkan soal menghormat­i orang.

“Mak ayah aku ajar untuk hormat orang tak kira pangkat atau darjat. Jadi, masalah aku adalah aku tak kisah apa panggilan, pangkat, darjat ada dekat nama kau. ‘Benda pun boleh beli’. Aku takkan cium tangan sesiapa atau kipas bontot sesiapa. Semua manusia sama. Aku penyabar, tapi once you cross the line, Im coming for you with everything ive got,” katanya.

Idris ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia berada dalam keadaan tenang dan baik-baik saja.

“Saya okey, gembira dan tenang saja. Saya sibuk dengan memberi fokus pada perniagaan yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi. Insya-Allah. Selain itu, saya sibuk dengan mesyuarat dan travelling,” kataya.

Menurut Idris, keluargany­a okey dan menyifatka­n ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Keluarga saya okey saja, Alhamdulil­lah, kita rancang, dan Allah rancang, dan Allah sebaik perancang. Semua ni ada hikmahnya. Kita just go with the flow. Tak perlu tertekan,” katanya.

Ditanya adakah itu menjejaska­n periuk nasinya sebagai pelakon, Idris berkata, ramai pihak memberikan sokongan.

“Soal kerja tidak ganggu pun, masih berjalan dan tawaran tetap masuk. Penerimaan orang industri lain sangat positif. Daripada pihak produksi lain, persatuan, artis, ahli politik dan korporat semua sangat positif dan memberi sokongan,” katanya.

Dalam hantaran lain, Idris berkata, dia sedang membina platform global yang akan memberi manfaat kepada pemain industri seni negara.

“Orang tu kata siapa lah Idris Khan ni? Ya okey kita ni kayu bukan nama besar tak hebat. Tapi aku sedang develop satu platform global yang akan bermanfaat kepada pemain industri seni negara, SME dan usahawan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia