Harian Metro

Yoe Parey tutup gerai pisang goreng kerap dipecah masuk

-

Kuala Lumpur: Pelakon Yoe Parey memberitah­u dia terpaksa menutup gerai pisang goreng miliknya yang beroperasi sebelum ini di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh akibat masalah tertentu.

Yoe Parey (gambar) atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata, keputusan ini dibuat kerana kecewa gerainya kerap dipecah masuk.

“Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Saya buat laporan di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan.

“Sekarang kedai ini diserahkan kepada orang lain yang jual ayam. Saya pula tolong ayah buat budu yang dah lama diusahakan. Saya pergi hantar budu ke kedai runcit.

“Satu dozen harganya cuma RM20. Kalau jual sebotol biasanya RM2 sahaja. Bagi saya berlakon dan berniaga ada keseronoka­n yang tersendiri,” katanya.

Terdahulu, Yoe dan Asif dipopulark­an oleh Syahmi Sazli menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangka­n di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.

Fenomena ini membuatkan gerai Goreng Pisang Yoe Parey menjadi tumpuan masyarakat setempat serta dari luar yang bertandang ke Kelantan. Terbaru Yoe Parey bersama Asif dan Syahmi tampil dengan filem 35mm arahan bersama Syahmi dan Seni Bayan yang diterbitka­n Nine Flix Production.

Selain mereka, 35mm turut dibintangi Syahmi, Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia