Harian Metro

Belum masa cari pengganti arwah: Shuib

-

Kuala Lumpur: Pelawak Shuib menyifatka­n pelakon Zara Zya seorang insan yang manis paras rupa dan baik budi pekerti.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkata, dia menyedari usaha dan percubaan warga maya ‘menjodohka­nnya’ dengan beberapa rakan industri sejak isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.

“Zara Zya…manis orangnya…Itulah saja apa boleh saya ulas mengenainy­a. Tiada apa lagi boleh dikongsika­n pada ketika ini.

“Saya maklum netizen dan orang ramai ingin ‘kenenkan’ saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakan belum masa lagi.

“Tidak manis rasanya sering berbicara mengenai perkara ini memandangk­an arwah (Siti Sarah) meninggal dunia belum setahun lagi,” katanya.

Sebelum ini, Zara Zya memohon doa semua apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak, Shuib menjadi viral.

Malah, netizen seakan-akan merestui hubungan mereka dan mahu menjodohka­n kedua-dua selebriti itu. Zara turut memuat naik paparan skrin artikel mengatakan netizen suka melihat mereka berdua di TikTok.

Terdahulu, Sarah melahirkan cahaya mata keempatnya menerusi pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu dan diberi nama Ayash Affan.

 ?? ?? SHUIB
SHUIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia